Page 48 - Laporan kajian impak
P. 48
46
101. Jadual 16 menunjukkan selepas pelaksanaan gaji minimum, terdapat peningkatan yang
agak ketara bagi pembayaran bonus, elaun dan tunai lain. Tetapi berlaku penurunan yang
tidak ketara dalam jam bekerja.
102. Berikutan wujudnya peningkatan ketara dalam pembayaran bonus, elaun dan tunai lain
tersebut, maka analisis kajian secara terperinci dibuat bagi ketiga-tiga perubahan tersebut
mengikut saiz pertubuhan.
(i) Perubahan Bonus
60.0
50.5 %
50.0
40.0
Peratus, % 30.0 27.7 %
20.0
13.2 %
8.6 %
10.0
0.0
Meningkat Menurun Tidak berubah Tidak
Berkenaan
Perubahan Bonus
Rajah 26 : Bonus
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
103. Rajah 26 menunjukkan 50.5 peratus responden majikan tidak melakukan perubahan
terhadap pemberian bonus kepada pekerja. Majikan yang meningkatkan pemberian
bonus kepada pekerja adalah sebanyak 13.2 peratus dan hanya 8.6 peratus majikan yang
menurunkan pemberian bonus kepada pekerja. 27.7 peratus responden lagi memang
tidak memberikan bonus kepada pekerja mereka.

