Page 45 - Laporan kajian impak
P. 45

43





        95.   Jadual C di Lampiran 3 menunjukkan produktiviti tahunan tertinggi PKS adalah dari sektor
             perlombongan dan pengkuarian manakala produktiviti tahunan terendah PKS adalah dari
             sektor pembinaan. Seterusnya, apabila dilihat dengan lebih terperinci mengikut sektor
             utama PKS iaitu perkhidmatan, didapati walaupun subsektor makanan dan minuman
             antara subsektor terbesar dalam sektor perkhidmatan, kadar produktiviti tahunan
             subsektor ini masih rendah iaitu hanya RM28,659 dan nilai tersebut masih jauh berbeza
             berbanding produktiviti tahunan keseluruhan sektor perkhidmatan iaitu RM78,178 (Jadual
             D di Lampiran 3).

        Kesimpulan


        96.  Hasil  kajian menunjukkan  peratusan majikan yang  setuju  dengan  pelaksanaan  PLWS
             adalah tertinggi di pertubuhan bersaiz kecil dan mikro, sementara tidak berkenaan
             adalah peratusan tertinggi bagi majikan pertubuhan bersaiz sederhana berikutan mereka
             sudah melaksanakan PLWS sebelum pelaksanaan gaji minimum. Dari sudut wilayah pula,
             peratusan majikan setuju dengan pelaksanaan PLWS adalah tertinggi di Semenanjung
             dan Sarawak, sementara tidak bersetuju adalah peratusan tertinggi bagi majikan di Sabah
             & WP Labuan.


             d.   Kos buruh


        Pemberian Faedah Selain Gaji Pokok




        97.  Dapatan kaji selidik mendapati selain gaji pokok, terdapat beberapa faedah yang dibayar
             oleh majikan PKS kepada pekerja. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial
             (PERKESO) adalah tertinggi iaitu 72.1 peratus, diikuti oleh caruman Kumpulan Wang
             Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 70.7 peratus, bayaran kerja lebih masa sebanyak 62.9
             peratus dan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sebanyak 61.9 peratus (Jadual 15). Kesemua
             ini adalah keperluan berkanun.

        98.  Sebanyak 92.6 peratus daripada majikan yang tidak menyediakan caruman PERKESO dan
             KWSP adalah daripada pertubuhan mikro, 7.4 peratus daripada pertubuhan kecil dan tiada
             daripada majikan pertubuhan sederhana.
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50