Page 40 - Laporan kajian impak
P. 40
38
80. Rajah 23 pula menunjukkan 989 (57.6 peratus) majikan PKS memaklumkan bahawa mereka
tidak menggajikan pekerja asing yang dibayar pada paras gaji minimum. 592 majikan (34.5
peratus) memaklumkan tiada perubahan terhadap penggajian pekerja asing. 81 majikan
(4.7 peratus) memaklumkan berlaku penurunan sementara 54 majikan lagi (3.1 peratus)
memaklumkan berlaku peningkatan daripada sudut penggajian pekerja asing.
81. Jadual 12 menunjukkan diffusion index bagi perubahan penggajian pekerja asing PKS.
Jadual 12: Diffusion Index Bagi Perubahan Penggajian Pekerja Asing
Perubahan Bilangan Peratusan, %
Meningkat 54 7.4
Menurun 81 11.1
Tidak berubah 592 81.4
Jumlah 727 100.0
Diffusion index 96.3
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
*Nota : Definisi dan pengiraan diffusion index adalah seperti di Nota Teknikal
82. Melalui Jadual 12, diffusion index iaitu 96.3 menunjukkan bahawa selepas pelaksanaan gaji
minimum, tiada penurunan ketara dalam penggajian pekerja asing di PKS.
83. Majikan PKS keseluruhannya cenderung memilih tiada perubahan dari sudut penggajian
pekerja tempatan dan cenderung memilih tidak berkenaan dari sudut penggajian pekerja
asing. Perubahan penggajian pekerja asing dan tempatan didapati tidak begitu ketara
selepas pelaksanaan gaji minimum. Ini disokong oleh Laporan Prestasi PKS 2017 (Rajah
A di Lampiran 2), yang menunjukkan kenaikan penggajian pekerja (tempatan dan asing)
sebanyak 0.7 peratus, iaitu dari 65.3 peratus pada 2016 kepada 66.0 peratus pada 2017.

