Page 37 - Laporan kajian impak
P. 37
35
Kesedaran Pekerja Terhadap PGM 2018
Peratusan jawapan adalah
kadar PGM terbaru, RM1,100
Peratusan jawapan adalah
kadar PGM sebelum
pindaan, RM1,050
Peratusan jawapan adalah
kadar PGM yang salah
Peratusan tidak menjawab
soalan
0.7 %
57.2 %
28.3 %
13.8 %
Rajah 21 : Jawapan Pekerja Mengenai Kadar PGM 2018
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
71. Kesedaran pekerja terhadap PGM 2018 didapati masih rendah. Ini dibuktikan menerusi
jawapan pekerja mengenai kadar PGM 2018 (Rajah 21). Seramai 57.2 peratus responden
memberi jawapan tepat mengenai kadar PGM terbaru iaitu RM1,100 seragam di seluruh
Malaysia. 0.7 peratus responden masih menjawab kadar PGM sebelum pindaan iaitu
RM1,050 dan 28.3 peratus responden menjawab kadar PGM 2018 dengan jawapan yang
salah. Selebihnya, 13.8 peratus responden tidak menjawab soalan ini. Rata-rata responden
yang menjawab salah adalah responden dari jenis pekerjaan perkhidmatan dan jualan
(43.7 peratus) serta pekerja asas (32.1 peratus) manakala selebihnya (24.2 peratus) dari
lain-lain jenis pekerjaan. Lebih separuh responden yang menjawab salah didapati di
pertubuhan mikro (56.4 peratus), diikuti pertubuhan kecil (36.0 peratus) dan 7.6 peratus
lagi di pertubuhan sederhana.
72. Selain itu, kaji selidik juga menunjukkan hanya 68 daripada 1,642 responden pekerja (4.1
peratus) menyertai kesatuan sekerja. Rata-rata pekerja yang mengikuti kesatuan sekerja
adalah dari sektor pembuatan (64.5 peratus) dan sektor perkhidmatan kewangan dan
insuran takaful (21.3 peratus) manakala selebihnya (14.2 peratus) dari lain-lain sektor.
73. Kadar penyertaan dalam kesatuan sekerja yang rendah ini mungkin menjadi antara punca
kurangnya kesedaran pekerja terhadap PGM 2018.

