Page 39 - Laporan kajian impak
P. 39
37
77. Berdasarkan analisis kaji selidik, Rajah 22 menunjukkan 1,040 (60.6 peratus) majikan PKS
memaklumkan bahawa tiada perubahan berlaku dari sudut penggajian pekerja tempatan.
178 majikan (10.4 peratus) memaklumkan berlaku penurunan sementara 134 majikan (7.8
peratus) lagi memaklumkan berlaku peningkatan daripada sudut penggajian pekerja
tempatan. Selebihnya, 364 majikan (21.2 peratus) memaklumkan mereka tidak berkenaan
dalam hal ini.
78. Jadual 11 menunjukkan diffusion index bagi perubahan penggajian pekerja tempatan PKS.
Jadual 11 : Diffusion Index Bagi Perubahan Penggajian Pekerja Tempatan
Perubahan Bilangan Peratusan, %
Meningkat 134 9.9
Menurun 178 13.2
Tidak berubah 1,040 76.9
Jumlah 1,352 100.0
Diffusion index 96.7
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
*Nota : Definisi dan pengiraan diffusion index adalah seperti di Nota Teknikal
79. Nilai diffusion index, 96.7 (Jadual 11) menunjukkan bahawa selepas pelaksanaan gaji
minimum, tiada penurunan ketara dalam penggajian pekerja tempatan di PKS.
Perubahan Penggajian Pekerja Asing
70.0
57.6 %
60.0
50.0
Peratus, % 40.0 34.5 %
30.0
20.0
10.0 3.1 % 4.7 %
0.0
Meningkat Menurun Tidak berubah Tidak
Berkenaan
Perubahan penggajian pekerja asing
Rajah 23 : Perubahan Penggajian Pekerja Asing
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
*Nota : Tidak berkenaan bermaksud tiada pekerja asing yang digajikan majikan yang
dibayar pada paras gaji minimum

