Page 43 - Laporan kajian impak
P. 43

41




        88.   Jadual 14 menunjukkan terdapat tiga faktor utama yang menjejaskan keuntungan syarikat
             selepas pelaksanaan gaji minimum mengikut keutamaan. Bagi PKS secara keseluruhan,
             faktornya adalah kos operasi (tidak termasuk kos buruh), persaingan dan SST. Faktor yang
             sama juga berlaku pada pertubuhan mikro dan kecil. Namun, PKS sederhana tidak memilih
             SST sebagai tiga faktor utama, tetapi memilih faktor kekurangan permintaan. Faktor levi
             merupakan faktor terakhir yang menjejaskan keuntungan syarikat.


        Kesimpulan


        89.  Tiada perubahan ketara terhadap penggajian pekerja tempatan dan asing di PKS selepas
             pelaksanaan gaji minimum.

        90.  Perubahan utama yang dilakukan majikan selepas pelaksanaan gaji minimum adalah
             mengurangkan pengambilan pekerja baharu, meningkatkan kemahiran pekerja dan
             mengurangkan kos selain kos buruh. Memberhentikan pekerja merupakan pilihan terakhir
             majikan PKS.
        91.   Faktor utama yang menjejaskan keuntungan syarikat yang dikenalpasti adalah kos
             operasi (tidak termasuk kos buruh), persaingan dan SST.  Bagi memastikan kelangsungan
             perniagaan, melalui sesi temu bual didapati majikan cenderung memaksimakan segala
             sumber yang sedia ada. Ini kerana sukar menaikkan harga barangan disebabkan faktor
             persaingan  dan  kuasa  membeli  pengguna  berkurangan.  Faktor  levi  merupakan  faktor
             terakhir yang menjejaskan keuntungan syarikat.


             c.   Produktiviti buruh dan pelaksanaan PLWS


                    i.   Mengikut saiz pertubuhan


                                                                             40.9%
                Sederhana                                 22.7%
                                                                        36.4%


                                                                   32.6%
                   Kecil                                  24.3%                43.1%




                                                              27.6%
                   Mikro                                 22.5%                        49.9%




                                Tidak berkenaan        Tidak setuju        setuju


                             Rajah 24 : Pelaksanaan PLWS Mengikut Saiz Pertubuhan
                      Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
                        * Nota : 1. Tidak berkenaan bermaksud majikan telah melaksanakan PLWS
                                          sebelum pelaksanaan gaji minimum
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48