Page 38 - Laporan kajian impak
P. 38

36



        Kesimpulan

        74.  Sebanyak 11.3 peratus responden majikan seluruh Malaysia memaklumkan gaji pokok
             dibayar di bawah kadar gaji minimum yang telah ditetapkan. Kadar ketidakpatuhan gaji
             minimum paling tinggi di Sabah & WP Labuan iaitu 18.1 peratus. Di Semenanjung dan
             Sarawak masing-masing adalah 9.6 peratus dan 10.5 peratus.

        75.  Kadar ketidakpatuhan gaji minimum yang tinggi dikenalpasti dalam pertubuhan
             bersaiz mikro berbanding pertubuhan bersaiz kecil dan sederhana. Sektor perdagangan
             borong  dan  runcit;  pembaikan  kenderaan  bermotor  dan  motosikal  mencatatkan  kadar
             ketidakpatuhan tertinggi iaitu 27.3 peratus. Sektor perkhidmatan makanan dan minuman
             serta pembuatan pakaian & tekstil masing-masing mencatatkan kadar ketidakpatuhan
             iaitu 11.9 peratus dan 10.8 peratus.

        76.  Faktor utama kesukaran majikan dalam mematuhi PGM 2016 adalah disebabkan gaji
             minimum yang akan dibayar tidak sepadan dengan kerja yang dilakukan diikuti majikan
             tidak mempunyai keupayaan kewangan.




             b.   Corak penggajian buruh



                   Perubahan Penggajian Pekerja Tempatan




                    70.0
                                                              60.6%
                    60.0
                    50.0
                   Peratus, %  40.0


                    30.0

                    20.0                                                      21.2%
                                7.8%           10.4%
                    10.0
                     0.0
                             Meningkat       Menurun          Tidak           Tidak
                                                             berubah       Berkenaan

                                            Perubahan pekerja tempatan

                               Rajah 22 : Perubahan Penggajian Pekerja Tempatan
                      Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
                       *Nota : Tidak berkenaan bermaksud tiada pekerja tempatan yang digajikan
                                   majikan yang dibayar pada paras gaji minimum
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43