Page 33 - Laporan kajian impak
P. 33

31






        59.   Jadual 10 menunjukkan dari sudut wilayah, seramai 105 responden (9.6 peratus) daripada
             1,095 responden majikan Semenanjung memaklumkan gaji pokok terendah pekerja mereka
             adalah di bawah kadar gaji minimum yang telah ditetapkan. Pekerja dibayar sekitar RM625
             sehingga RM980 sebulan dan sekitar RM25 sehingga RM35 sehari. Pekerja yang dibayar
             gaji di bawah kadar gaji minimum ini adalah dari sektor perkhidmatan borong dan runcit
             (43.6 peratus), diikuti pembuatan makanan dan minuman (24.5 peratus), perkhidmatan
             makanan dan minuman (19.3 peratus) dan selebihnya (12.6 peratus) dari lain-lain sektor.

        60.  Seramai 374 responden (34.3 peratus) lagi memaklumkan mereka membayar pekerja
             dengan gaji minimum yang telah ditetapkan pada kadar RM1,000 di Semenanjung.
             Selebihnya 614 responden (56.1 peratus) telah membayar pekerja lebih daripada kadar gaji
             minimum yang telah ditetapkan.

        61.   Sementara itu, seramai 57 responden (18.1 peratus) daripada 315 responden majikan Sabah
             & WP Labuan memaklumkan gaji terendah pekerja mereka di bawah kadar gaji minimum
             yang  telah  ditetapkan.  Pekerja  dibayar  bermula  RM750.  Pekerja  yang  dibayar  di  bawah
             kadar  gaji minimum  ini dikenalpasti dari  sektor perkhidmatan borong  dan  runcit  (53.2
             peratus), diikuti penginapan (18.6 peratus) dan selebihnya (28.2 peratus) dari lain-lain sektor.

        62.  Seramai 141 responden (44.8 peratus) lagi memaklumkan membayar gaji pekerja pada
             kadar gaji minimum yang telah ditetapkan pada kadar RM920 di Sabah. Selebihnya 117
             responden (37.1 peratus) telah membayar pekerja lebih daripada kadar gaji minimum.

        63.  Di Sarawak pula, seramai 32 responden (10.5 peratus) daripada 306 responden majikan,
             memaklumkan gaji terendah pekerja mereka di bawah kadar gaji minimum yang telah
             ditetapkan. Pekerja yang dibayar di bawah kadar gaji minimum ini kebanyakannya bekerja
             di sektor perkhidmatan borong dan runcit (48.2 peratus), diikuti perkhidmatan makanan
             dan minuman (24.7 peratus) dan selebihnya (27.1 peratus) dari lain-lain sektor.

        64.  Seramai 162 responden (52.9 peratus) lagi memaklumkan membayar gaji pekerja pada
             kadar gaji minimum yang telah ditetapkan pada kadar RM920 di Sarawak. Selebihnya 112
             responden (36.6 peratus) telah membayar pekerja lebih daripada kadar gaji minimum.

        65.  Sementara  itu,  data  pemeriksaan  berkanun  oleh  JTK  menunjukkan  daripada  223,554
             pertubuhan seluruh Malaysia yang telah diperiksa, sebanyak 220,755 pertubuhan (98.7
             peratus) patuh gaji minimum dan hanya 2,799 pertubuhan (1.3 peratus) tidak patuh gaji
             minimum (Jadual A di Lampiran 1).

        66.  Pemeriksaan berkanun JTK menunjukkan masih ada ketidakpatuhan gaji minimum
             dan ini juga terbukti daripada hasil kajian ini. Namun, terdapat perbezaan antara kadar
             ketidakpatuhan gaji minimum daripada pemeriksaan berkanun JTK dan melalui dapatan
             kajian ini. Kadar ketidakpatuhan gaji minimum daripada pemeriksaan berkanun JTK
             adalah  lebih rendah  kerana  JTK  telah  mengambil  langkah  pembetulan  melalui  notis
             pematuhan yang perlu dipatuhi oleh majikan dalam tempoh 14 hari dari notis tersebut
             dikeluarkan. Jika masih ada ketidakpatuhan, tindakan seperti pendakwaan akan dibuat
             terhadap majikan berkenaan. Pemeriksaan berkanun ini juga dilakukan terhadap semua
             jenis pertubuhan termasuk pertubuhan PKS.
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38