Page 32 - Laporan kajian impak
P. 32
30
56. Peratusan guna tenaga tertinggi dalam pertubuhan bersaiz kecil adalah di WP Kuala
Lumpur (49.5 peratus), diikuti Selangor (47.1 peratus) dan Johor (40.3 peratus). Peratusan
guna tenaga tertinggi dalam pertubuhan bersaiz mikro adalah di negeri Kelantan (64.7
peratus), diikuti Perlis (54.8 peratus) dan Terengganu (53.2 peratus). Peratusan guna tenaga
tertinggi dalam pertubuhan bersaiz sederhana adalah di WP Putrajaya (42.9 peratus),
diikuti Labuan (30.4 peratus) dan Sabah (29.6 peratus).
Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS
57. Berikut merupakan impak pelaksanaan gaji minimum terhadap PKS mengikut objektif
kajian:
a. Pematuhan terhadap PGM 2016
i. Mengikut wilayah
58. Melalui kaji selidik majikan yang dijalankan, sebanyak 1,522 daripada 1,716 responden
majikan seluruh Malaysia (88.7 peratus) memaklumkan patuh gaji minimum manakala 194
responden majikan lagi (11.3 peratus) memaklumkan tidak patuh gaji minimum (Jadual
10).
Jadual 10 : Maklum Balas Responden Majikan PKS Terhadap Pematuhan PGM
Bil. Responden Bil. Responden
Bilangan
Wilayah Patuh Gaji Tidak Patuh Gaji
Responden
Minimum Minimum
Semenanjung 1,095 990 (90.4%) 105 (9.6%)
Sabah dan WP 315 258 (81.9%) 57 (18.1%)
Labuan
Sarawak 306 274 (89.5%) 32 (10.5%)
Jumlah 1,716 1,522 (88.7%) 194 (11.3%)
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)

