Page 36 - Laporan kajian impak
P. 36
34
Kesukaran Majikan Melaksanakan PGM
Lain-lain 1.8 %
Pekerja sanggup menerima 8.2 %
gaji yang lebih rendah
Ketidaktentuan keluaran 15.2 %
Tiada keupayaan kewangan 33.6 %
Gaji minimum yang akan dibayar 41.1 %
tidak sepadan dengan kerja
0.00 0.20 0.40 0.60
Peratusan, %
Rajah 20 : Peratusan Faktor Kesukaran Majikan Melaksanakan PGM
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
69. Rajah 20 menunjukkan peratusan faktor utama kesukaran majikan dalam mematuhi
PGM. Faktor ini dikenalpasti daripada majikan yang tidak mematuhi kadar gaji minimum
yang telah ditetapkan. Faktor utama kesukaran tersebut adalah faktor gaji minimum yang
akan dibayar tidak sepadan dengan kerja (41.1 peratus) diikuti majikan tidak mempunyai
keupayaan kewangan (33.6 peratus). Faktor ketidaktentuan keluaran dan pekerja sanggup
menerima gaji yang lebih rendah masing-masing menyumbang sebanyak 15.2 peratus
dan 8.2 peratus. 1.8 peratus responden lain menjawab faktor-faktor lain. Antara faktor lain
yang dinyatakan majikan adalah etika kerja pekerja yang bermasalah.
70. Melalui dapatan sesi libat urus, wakil majikan PKS memaklumkan ketidaktentuan keluaran
dihadapi terutamanya bagi perniagaan bermusim terutamanya. Wakil majikan PKS juga
tiada keupayaan kewangan kerana peningkatan kos perniagaan disebabkan oleh dasar
kerajaan. Sebagai contoh, setiap kapal perlu singgah di Semenanjung dahulu sebelum
barangan yang diimport dibawa ke Sarawak dan syarikat terpaksa menyewa gudang
di pelabuhan menyebabkan kos import meningkat. Selain itu, persaingan kemasukan
barangan luar negara yang tidak dikenakan cukai juga antara faktor yang menyebabkan
hasil jualan produk tempatan terjejas di Sarawak.

