Page 41 - Laporan kajian impak
P. 41

39



        Perubahan Yang Dilakukan Majikan Selepas

        Pelaksanaan Gaji Minimum




        84.   Jadual 13 menunjukkan perubahan yang dilakukan majikan PKS selepas pelaksanaan gaji
             minimum mengikut urutan 1 (pilihan pertama) hingga 8 (pilihan terakhir).


                    Jadual 13 : Perubahan oleh Majikan PKS Selepas Pelaksanaan Gaji Minimum

                                             Susunan      Susunan      Susunan      Susunan
                  Bil.     Perubahan       keutamaan     keutamaan  keutamaan     keutamaan
                                          (keseluruhan)    (mikro)      (kecil)   (sederhana)

                       Mengurangkan
                   1.  pengambilan              (1)          (1)          (1)          (3)
                       pekerja baharu

                       Meningkatkan
                  2.                            (2)          (2)          (3)          (1)
                       kemahiran pekerja
                       Mengurangkan kos
                  3.                            (3)          (3)          (2)          (2)
                       selain kos pekerja
                       Meningkatkan
                  4.   harga barang/           (4)           (4)         (4)           (5)
                       perkhidmatan
                       Meningkatkan
                  5.   kualiti produk/          (5)          (5)          (5)         (4)
                       servis
                       Mengurangkan
                  6.                           (7)           (7)         (7)          (7)
                       jam bekerja

                       Mengurangkan
                  7.                           (6)           (6)         (6)          (6)
                       faedah bukan gaji
                       Memberhentikan
                  8.                           (8)           (8)         (8)          (8)
                       pekerja
                      Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)


        85.   Jadual 13 menunjukkan bahawa langkah pertama yang dilakukan majikan PKS selepas
             pelaksanaan gaji minimum adalah dengan mengurangkan pengambilan pekerja baharu,
             diikuti meningkatkan kemahiran pekerja dan mengurangkan kos selain kos buruh. Kajian
             juga mendapati langkah terakhir yang dilakukan majikan adalah memberhentikan pekerja.
             Walaupun gaji minimum dilaksanakan, majikan tidak cenderung memberhentikan pekerja.
             Sebaliknya, majikan lebih cenderung mengurangkan pengambilan pekerja baharu dan
             mengoptimumkan segala sumber yang sedia ada.


        86.  Corak yang sama berlaku pada pertubuhan mikro dan kecil. Namun, PKS sederhana
             cenderung meningkatkan kemahiran pekerja terlebih dahulu, diikuti mengurangkan kos
             selain kos buruh dan kemudian, mengurangkan pengambilan pekerja baharu.
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46