Page 44 - Laporan kajian impak
P. 44
42
92. Rajah 24 menunjukkan bahawa mengikut saiz pertubuhan, majikan pertubuhan mikro
yang setuju melaksanakan PLWS adalah 49.9 peratus, diikuti 27.6 peratus majikan tidak
berkenaan (telah melaksanakan PLWS) dan tidak setuju melaksanakan sistem tersebut
(22.5 peratus). Pilihan yang sama dilihat pada majikan di pertubuhan kecil iaitu masing-
masing sebanyak 43.1 peratus, diikuti 32.6 peratus dan 24.3 peratus. Namun, majikan di
pertubuhan sederhana menunjukkan pilihan tidak berkenaan adalah peratusan tertinggi
(40.9 peratus), diikuti setuju (36.4 peratus) dan tidak setuju melaksanakan sistem tersebut
(22.7 peratus).
ii. Mengikut wilayah
30.4%
Sarawak 24.5%
45.1%
19.0%
Sabah &
WP Labuan 42.9%
38.1%
31.5%
Semenanjung 16.8%
51.7%
Tidak berkenaan Tidak setuju setuju
Rajah 25 : Pelaksanaan PLWS Mengikut Wilayah
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
93. Rajah 25 menunjukkan majikan di Semenanjung yang setuju melaksanakan PLWS adalah
51.7 peratus, diikuti tidak berkenaan (31.5 peratus) dan tidak setuju melaksanakan sistem
tersebut (16.8 peratus). Pilihan yang sama dilihat pada majikan di Sarawak iaitu masing-
masing sebanyak 45.1 peratus, diikuti 30.4 peratus dan 24.5 peratus. Namun, majikan di
Sabah dan WP Labuan menunjukkan pilihan tidak setuju adalah peratusan tertinggi (42.9
peratus), diikuti setuju (38.1 peratus) dan tidak berkenaan (19.0 peratus).
94. Keseluruhan PKS bersetuju dengan pelaksanaan PLWS. Ini menunjukkan PKS bersetuju
untuk membayar gaji mengikut produktiviti pekerja. Keadaan ini menimbulkan kerisauan
di kalangan pekerja yang berkemungkinan menerima gaji yang lebih rendah kerana
produktiviti PKS adalah rendah. Malah dapatan dari DOSM menunjukkan produktiviti
tahunan PKS 2015 jauh lebih rendah iaitu sebanyak RM74,290 berbanding pertubuhan
besar iaitu sebanyak RM182,868 (Jadual A di Lampiran 3). Dari sudut saiz pertubuhan PKS,
mikro mencatatkan produktiviti tahunan terendah (RM40,510), diikuti kecil (RM83,427) dan
sederhana (RM106,536) (Jadual B di Lampiran 3).

