Page 30 - Laporan kajian impak
P. 30

28






        52.   Rajah 16 menunjukkan secara terperinci peratusan subsektor yang terdapat dalam PKS
             sektor perkhidmatan yang merupakan sektor penyumbang terbesar dalam PKS. Daripada
             809,126 PKS, lebih separuh daripadanya iaitu sebanyak 51.2 peratus adalah subsektor
             perdagangan borong dan runcit, diikuti 20.4 peratus subsektor makanan dan minuman,
             6.6 peratus subsektor pengangkutan dan penyimpanan, 5.6 peratus perkhidmatan
             persendirian dan lain-lain aktiviti, 4.2 peratus profesional, saintifik dan teknikal serta 12.0
             peratus adalah lain-lain.

        53.  Jelas di sini menunjukkan bahawa subsektor perdagangan borong dan runcit dan subsektor
             makanan dan minuman bagi sektor perkhidmatan merupakan antara penyumbang
             terbesar bagi keseluruhan PKS iaitu sebanyak 71.6 peratus.



                                               0.4 %
                    3.7 %                                              21.5 %



            61.3 %
                                                                                             13.0 %














                                                                                        76.8%




                              Pertanian                     Perlombongan dan pengkuarian
                              Pembuatan                     Pembinaan
                              Perkhidmatan

                             Rajah 17 : Peratusan Guna Tenaga PKS Mengikut Sektor
                         Sumber : Banci Ekonomi 2016 - Profil PKS, Jabatan Perangkaan Malaysia

        54.  Dari sudut guna tenaga PKS, Rajah 17 menunjukkan sektor perkhidmatan menyumbang
             61.3  peratus  daripada  guna  tenaga  PKS  Malaysia.  Ini diikuti sektor pembuatan yang
             menyumbang 21.5 peratus, diikuti oleh sektor pembinaan dan pertanian yang masing-
             masing menyumbang sebanyak 13.0 peratus dan 3.7 peratus. Sektor perlombongan dan
             pengkuarian hanya menyumbang 0.4 peratus daripada guna tenaga PKS Malaysia.

        55.   Jadual 9 menunjukkan peratusan guna tenaga PKS mengikut saiz pertubuhan dan negeri.
             Guna tenaga di pertubuhan bersaiz kecil menyumbang sebanyak 41.6 peratus kepada
             keseluruhan PKS, diikuti mikro (34.3 peratus) dan sederhana (24.1 peratus).
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35