Page 51 - Laporan kajian impak
P. 51

49




        106.   Rajah 29 menunjukkan bagi majikan mikro yang membayar elaun, terdapat 60.1 peratus
             mengekalkan elaun sedia ada, 9.8 peratus meningkatkan, dan 5.9 peratus menurunkan
             pembayaran elaun. Sebanyak 24.2 peratus majikan mikro tidak membayar elaun sama
             sekali. Bagi majikan kecil yang membayar elaun, corak yang sama dapat dilihat iaitu
             masing-masing 66.1 peratus, 13.1 peratus dan 3.9 peratus. Sebanyak 16.8 peratus majikan
             kecil tidak membayar elaun sama sekali. Namun, bagi pertubuhan sederhana, majikan
             cenderung membayar elaun; hanya 24.1 peratus dari mereka yang tidak membayar
             bonus sama sekali. Terdapat 65.5 peratus dari mereka mengekalkan pembayaran bonus
             sedia ada, 6.9 peratus meningkatkan dan 3.4 peratus mengurangkan pembayaran elaun.
             Keseluruhan PKS mengekalkan pembayaran elaun sedia ada.

             (iii)   Perubahan Tunai Lain (contoh: komisen, tip, pendapatan daripada kerja
                      lebih masa)





                       60.0
                                                               52.7 %
                      50.0

                      40.0
                    Peratus, %  30.0  16.3 %                                  23.9 %



                       20.0

                       10.0                      7.1 %

                        0.0
                               Meningkat      Menurun      Tidak berubah      Tidak
                                                                            Berkenaan

                                                  Perubahan tunai lain

                                             Rajah 30 : Tunai Lain
                      Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
                 *Nota : Tidak berkenaan bermaksud majikan tidak memberikan tunai lain kepada pekerja


        107.   Rajah 30 menunjukkan 52.7 peratus responden majikan tidak melakukan perubahan
             dari segi pemberian tunai lain kepada pekerja. Terdapat sebanyak 16.3 peratus responden
             majikan meningkatkan pemberian tunai lain kepada pekerja. Hanya 7.1 peratus menurunkan
             pemberian tunai lain kepada pekerja. 23.9 peratus responden lagi tidak memberikan tunai
             lain kepada pekerja mereka.
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56