Page 56 - Laporan kajian impak
P. 56

54





        118.   Rajah 34 menunjukkan semua PKS memperuntukkan kurang daripada lima peratus
             daripada pendapatannya untuk automasi dan teknologi baharu iaitu masing-masing
             60.8 peratus, 55.4 peratus dan 72.4 peratus bagi mikro, kecil dan sederhana. Manakala
             peruntukan yang agak  besar (lebih daripada 16.0 peratus) banyak disediakan oleh
             pertubuhan sederhana.


        Kesimpulan


        119.  Dapatan kajian mendapati kebanyakan majikan PKS memperuntukkan kurang daripada
             lima peratus pendapatannya untuk tujuan latihan dan automasi dan teknologi baharu.
             Peruntukan yang agak besar, jika ada, lebih banyak disediakan oleh pertubuhan sederhana
             berbanding kecil dan mikro.



             f)      Kaedah pembayaran gaji minimum




                        Tugasan      1.5 %
                       Berat Tan     1.5 %

                     Perjalanan      1.7 %
                 Upah Ikut Kerja     2.6 %
                       Komisen        3.7 %

                            Jam       4.4 %

                          Harian          11.9 %
                        Bulanan
                                                                                 86.9 %
                                0.0 %     20.0 %    40.0 %     60.0 %     80.0 %
                                                                                    100.0 %
                                                     Peratus

                              Rajah 35 : Kaedah Pembayaran Gaji Minimum di PKS
                      Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)

        120.   Rajah 35 menunjukkan majoriti responden majikan iaitu sebanyak 86.9 peratus membayar
             gaji pekerja mengikut kaedah bulanan, selebihnya membayar mengikut kaedah harian,
             jam, komisen, upah ikut kerja dan lain-lain. Penelitian menunjukkan corak kaedah
             pembayaran gaji yang sama mengikut saiz pertubuhan mikro, kecil dan sederhana (Jadual
             17).
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61