Page 59 - Laporan kajian impak
P. 59
57
Saranan Kaedah Pelaksanaan Gaji Minimum Pada Masa
Hadapan: Maklum Balas Pekerja
7.3 % 9.8 %
36.2 %
46.7 %
Wilayah
Sektor
Jenis pekerjaan
Kadar yang seragam seluruh Malaysia
Rajah 37 : Pilihan Pekerja Terhadap Kaedah Pelaksanaan Gaji Minimum Pada Masa Hadapan
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Pekerja)
125. Rajah 37 menunjukkan pilihan responden pekerja terhadap kaedah pelaksanaan gaji
minimum pada masa hadapan. Seramai 766 responden (46.7 peratus) memilih kaedah
kadar seragam di seluruh negara. Ini diikuti dengan 594 responden (36.2 peratus) memilih
mengikut jenis pekerjaan, 160 responden (9.8 peratus) mengikut sektor dan 120 responden
(7.3 peratus) mengikut wilayah.
126. Jadual 18 menunjukkan taburan pilihan terhadap kaedah pelaksanaan gaji minimum
pada masa hadapan mengikut wilayah pekerja.

