Page 62 - Laporan kajian impak
P. 62

60




        Kesimpulan




        133.  Dapatan kajian menunjukkan majoriti majikan menyarankan Kerajaan membantu mereka
             dalam melaksanakan gaji minimum dengan memberi insentif latihan kemahiran pekerja
             dan pengurangan cukai.

        134.  Hasil kajian juga jelas menunjukkan bahawa pilihan pelaksanaan gaji minimum yang
             paling popular di kalangan pekerja di semua wilayah adalah kadar seragam seluruh
             Malaysia, diikuti dengan pelaksanaan gaji minimum mengikut jenis pekerjaan dan sektor.


        135.  Pilihan pelaksanaan gaji minimum yang paling popular di kalangan majikan pula adalah
             mengikut jenis pekerjaan, diikuti sektor dan kadar seragam seluruh Malaysia. Majikan di
             Semenanjung dan Sarawak cenderung memilih pelaksanaan gaji minimum pada masa
             hadapan mengikut jenis pekerjaan manakala majikan di Sabah dan WP Labuan cenderung
             memilih pelaksanaan gaji minimum mengikut wilayah.
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67