Page 61 - Laporan kajian impak
P. 61
59
128. Rajah 38 menunjukkan pilihan responden majikan terhadap kaedah pelaksanaan gaji
minimum pada masa hadapan. Seramai 701 responden (40.9 peratus) memilih kaedah
mengikut jenis pekerjaan. Ini diikuti dengan 364 responden (21.2 peratus) memilih
mengikut sektor, 361 responden (21.0 peratus) memilih kadar seragam seluruh Malaysia
dan 290 responden (16.9 peratus) memilih mengikut wilayah.
129. Jadual 19 menunjukkan taburan pilihan terhadap kaedah pelaksanaan gaji minimum
pada masa hadapan mengikut wilayah majikan.
Jadual 19 : Kaedah Pelaksanaan Gaji Minimum Pada Masa Hadapan Mengikut Wilayah Majikan
Sabah & WP
Bil. Cadangan PGM Semenanjung (%) Sarawak (%)
Labuan (%)
1. Wilayah 12.5 40.0 8.8
2. Sektor 20.1 19.0 27.5
3. Jenis pekerjaan 42.9 17.1 57.8
4. Kadar yang seragam 24.5 23.8 5.9
Jumlah 100.0 100.0 100.0
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
130. Berbeza dengan pilihan pekerja, Jadual 19 menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara
antara majikan di Semenanjung, Sabah dan WP Labuan serta Sarawak dalam corak
pemilihan kaedah pelaksanaan gaji minimum pada masa hadapan.
131. Majikan di Semenanjung cenderung memilih pelaksanaan gaji minimum mengikut jenis
pekerjaan (42.9 peratus), diikuti dengan kadar yang seragam (24.5 peratus), sektor (20.1
peratus) dan wilayah (12.5 peratus). Manakala majikan di Sabah dan WP Labuan cenderung
memilih kaedah pelaksanaan gaji minimum mengikut wilayah (40.0 peratus), diikuti kadar
yang seragam (23.8 peratus), sektor (19.0 peratus) dan jenis pekerjaan (17.1 peratus). Majikan
di Sarawak pula cenderung memilih mengikut jenis pekerjaan (57.8 peratus), diikuti sektor
(27.5 peratus), wilayah (8.8 peratus) dan kadar yang seragam (5.9 peratus).
132. Dapatan daripada sesi libat urus bersama majikan di Sabah menyokong dapatan Jadual
19 bahawa pelaksanaan gaji minimum pada masa hadapan mengikut wilayah. Tetapi,
dapatan daripada sesi libat urus di Sarawak tidak selari dengan dapatan melalui kaji selidik
iaitu majikan di Sarawak mencadangkan pelaksanaan gaji minimum pada masa hadapan
mengikut wilayah berbanding mengikut jenis pekerjaan seperti dapatan melalui kaji
selidik.

