Page 63 - Laporan kajian impak
P. 63

61




        RUMUSAN KAJIAN




        1.   Sebanyak 11.3 peratus majikan seluruh Malaysia tidak mematuhi PGM 2016, kadar tertinggi
             18.1 peratus ialah di Sabah & WP Labuan, sementara Semenanjung dan Sarawak masing-
             masing mencatatkan 9.6 peratus dan 10.5 peratus. Kadar ketidakpatuhan gaji minimum
             yang tinggi dikenalpasti dalam pertubuhan bersaiz mikro (76.8 peratus), diikuti kecil (21.6
             peratus) dan sederhana (1.6 peratus).
        2.   Tiga sektor yang mencatatkan kadar ketidakpatuhan yang tertinggi ialah perdagangan
             borong dan runcit; pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, perkhidmatan
             makanan dan minuman serta pembuatan pakaian & tekstil.

        3.   Faktor utama kesukaran majikan dalam mematuhi PGM 2016 adalah gaji minimum yang
             akan dibayar tidak sepadan dengan kerja yang dilakukan dan kekurangan keupayaan
             kewangan.

        4.   Pelaksanaan PGM 2016 tidak memberi kesan terhadap kos dan penggajian buruh. Kajian
             ini mendapati tiada perubahan ketara dalam penggajian pekerja tempatan dan asing,
             pembayaran bonus, elaun, tunai lain dan juga jam bekerja. Syarikat yang mengalami
             masalah keuntungan, jika ada, lebih disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti kos operasi
             (tidak termasuk kos buruh), persaingan dan SST.


        5.   Selepas pelaksanaan PGM 2016, majikan kurang melaksanakan pemberhentian pekerja.
             Sebaliknya, majikan lebih  cenderung mengurangkan pengambilan pekerja baharu,
             meningkatkan kemahiran pekerja dan mengurangkan kos selain kos buruh.


        6.   Tiada kesimpulan yang jelas dapat dibuat berkaitan pelaksanaan PGM 2016 dengan PLWS.
             Kajian mendapati mengikut saiz pertubuhan, majikan dalam pertubuhan bersaiz mikro
             dan kecil lebih banyak yang bersetuju dengan pelaksanaan PLWS. Sementara mengikut
             wilayah pula, majikan yang bersetuju adalah lebih banyak di Semenanjung dan Sarawak,
             manakala sebaliknya di Sabah & WP Labuan.
        7.   Selain gaji pokok, faedah lain yang paling banyak diberi oleh majikan PKS ialah pembayaran
             keperluan berkanun seperti caruman PERKESO, KWSP, bayaran kerja lebih masa dan SIP.

        8.   Kebanyakan majikan PKS dalam ketiga-tiga pertubuhan mikro, kecil dan sederhana
             memperuntukkan hanya kurang lima peratus daripada pendapatannya untuk tujuan
             latihan dan automasi serta teknologi baharu. Jika ada peruntukan yang agak besar (lebih
             daripada 16.0 peratus), ia banyak disediakan oleh pertubuhan PKS sederhana.

        9.   Majoriti majikan PKS melaksanakan kaedah pembayaran gaji minimum secara bulanan.
             Kaedah pembayaran lain iaitu mengikut harian, jam, komisen, upah ikut kerja dan lain-lain
             tidak sebegitu banyak dilaksanakan oleh PKS.

        10.   Dalam pelaksanaan gaji minimum akan datang, majoriti majikan PKS menyarankan agar
             Kerajaan dapat membantu mereka dengan pemberian insentif latihan kemahiran pekerja
             dan pengurangan cukai. Kaedah pelaksanaan gaji minimum yang paling popular yang
             disarankan oleh pekerja dalam ketiga-tiga wilayah ialah mengenakan kadar yang seragam
             di  seluruh  Malaysia.  Sebaliknya,  saranan  yang  dibuat  oleh majikan terutama  di wilayah
             Semenanjung dan Sarawak pula ialah mengenakan kadar yang berbeza mengikut jenis
             pekerjaan.
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68