Page 58 - Laporan kajian impak
P. 58
56
g) Pelaksanaan gaji minimum pada masa hadapan
34.3 %
8.9 % 35.4 %
49.5 %
39.5 %
Menyediakan geran untuk teknologi baru
Memberikan insentif peningkatan piawai
Memberikan insentif latihan kemahiran
Memberikan insentif cukai
Lain-lain
Rajah 36 : Saranan Majikan Kepada Kerajaan
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
122. Rajah 36 menunjukkan majikan menyarankan Kerajaan membantu mereka dalam
melaksanakan gaji minimum dengan memberi insentif latihan kemahiran pekerja (49.5
peratus), pengurangan cukai (39.5 peratus), insentif peningkatan piawai (35.4 peratus),
geran untuk teknologi baharu (34.3 peratus) dan insentif-insentif lain yang dicadangkan
oleh mereka (8.9 peratus).
123. Pilihan utama majikan iaitu pemberian insentif latihan kemahiran pekerja ini dilihat selaras
dengan ketidakmampuan majikan untuk memberi latihan kepada pekerja mereka. Ini
ditunjukkan oleh dapatan kebanyakkan PKS memperuntukkan kurang daripada lima
peratus pendapatan tahunan bagi tujuan latihan.
124. Selain itu, dapatan sesi libat urus menunjukkan terdapat wakil majikan mencadangkan
agar Kerajaan perlu mengawal harga barang selaras dengan kenaikan kadar gaji minimum.

