Page 53 - Laporan kajian impak
P. 53

51




             (iv)   Perubahan Jam Bekerja





                    80.0                                    71.0 %
                    70.0
                    60.0
                  Peratus, %  40.0
                    50.0


                    30.0
                    20.0                                                    21.1 %
                     10.0      3.1 %          4.8 %
                     0.0
                             Meningkat      Menurun     Tidak berubah      Tidak
                                                                         Berkenaan
                                               Perubahan jam bekerja


                                            Rajah 32 : Jam Bekerja
                      Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
                    *Nota : Tidak berkenaan bermaksud gaji tidak mengikut jam, sebaliknya mengikut
                                       bilangan trip, tugasan atau komisen.


        109.   Rajah 32 menunjukkan 71.0 peratus responden majikan tidak melakukan perubahan dari
             segi jam bekerja kepada pekerja. Hanya 3.1 peratus responden majikan meningkatkan
             jam bekerja pekerja dan 4.8 peratus lagi mengurangkan jam bekerja kepada pekerja.
             21.1 peratus responden lagi adalah dibayar gaji tidak mengikut jam, sebaliknya mengikut
             bilangan trip, tugasan atau komisen.

        110.  Majoriti PKS tidak melakukan sebarang perubahan terhadap pemberian bonus, elaun,
             tunai lain dan juga jam bekerja. Walau bagaimanapun, diffusion index menunjukkan
             sekiranya  terdapat  perubahan,  peningkatan  ketara  dilihat  dalam  pembayaran  bonus,
             elaun dan tunai lain tetapi jam bekerja menunjukkan penurunan yang tidak ketara.

        111.   Dalam sesi temu bual dengan responden semasa sesi edaran borang kaji selidik, majikan
             PKS memaklumkan hanya memberi bonus kepada pekerja pada musim perayaan dan
             kadarnya berubah mengikut jumlah keuntungan syarikat. Secara keseluruhan, jam bekerja
             juga tidak berubah dan jika ada perubahan, ia bergantung kepada keperluan semasa
             operasi syarikat. Sebagai contoh, syarikat pembuatan pakaian akan meningkatkan jam
             bekerja berikutan peningkatan tempahan semasa musim perayaan.
        112.  Melalui sesi libat urus pula, wakil pekerja memaklumkan faedah-faedah lain yang sebelum
             ini diterima oleh pekerja telah dikurangkan dan ada juga yang telah dimansuhkan, seperti
             caj perkhidmatan yang telah diserap menjadi sebahagian daripada gaji minimum.
        113.  Sementara itu, Banci Ekonomi 2016, Profil PKS DOSM, menunjukkan keseluruhan gaji
             & upah yang dibayar kepada pekerja PKS dalam tahun 2015 berjumlah RM128.5 bilion,
             tumbuh sebanyak 12.9 peratus bagi tempoh 2010 hingga 2015.
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58