Page 54 - Laporan kajian impak
P. 54
52
Kesimpulan
114. Banci ini juga menunjukkan nilai gaji & upah pertubuhan mikro merekodkan kadar
pembayaran gaji yang kurang daripada kadar gaji minimum. Hasil pengiraan menunjukkan
subsektor perkhidmatan makanan & minuman, perkhidmatan persendirian, pembuatan
pakaian dan pembuatan produk makanan merupakan antara yang membayar purata gaji
& upah kurang daripada kadar gaji minimum, iaitu RM1,000 kadar PGM 2016. Subsektor-
subsektor ini merupakan antara pertubuhan mikro yang mempunyai bilangan pertubuhan
yang banyak dan pekerja yang ramai dalam keseluruhan pertubuhan perniagaan (Jadual
E di Lampiran 2).
115. Dalam sesi libat urus, pekerja mendakwa kenaikan gaji minimum telah menyebabkan
berlakunya pemampatan gaji (wage compression), jurang gaji antara pekerja lama dan
baru PKS semakin mengecil. Ini menyebabkan pihak pekerja yang bergaji lebih daripada
kadar gaji minimum telah menuntut kenaikan gaji dan pihak pekerja yang bergaji rendah
pula meminta supaya gaji mereka dibayar setimpal dengan hasil kerja yang telah mereka
lakukan.
116. Dapatan kajian menunjukkan faedah tertinggi selain gaji pokok yang dibayar oleh
majikan PKS adalah merupakan keperluan berkanun iaitu caruman PERKESO, diikuti
KWSP, bayaran kerja lebih masa dan SIP. Majoriti majikan juga tidak melakukan sebarang
perubahan terhadap pembayaran bonus, elaun, tunai lain dan juga jam bekerja.

