Page 65 - Laporan kajian impak
P. 65
63
• Indeks yang bernilai melebihi 100 menunjukkan berlaku peningkatan manakala
indeks yang bernilai kurang daripada 100 menunjukkan penurunan.
• Indeks yang bernilai 100±5 (iaitu antara 95 hingga 105) bermaksud variasi yang rendah,
menunjukkan bahawa tiada perubahan ketara yang berlaku dalam kumpulan.
• Indeks yang bernilai selain 100±5 (iaitu yang kurang daripada 95 atau lebih daripada
105) bermaksud variasi yang tinggi, menunjukkan bahawa wujud perubahan ketara
yang berlaku dalam kumpulan.
Contoh: Andaikan terdapat 1,352 responden telah ditemu bual tentang perubahan
bonus yang diperoleh selepas pelaksanaan gaji minimum. Sebanyak 134 responden
menjawab berlaku peningkatan ke atas bonus, 178 menjawab penurunan manakala
1,040 responden lagi menjawab gaji minimum tidak memberi perubahan terhadap
bonus.
Perubahan Bilangan Peratusan, %
Meningkat 134 9.9
Menurun 178 13.2
Tidak berubah 1,040 76.9
Jumlah 1,352 100.0
Diffusion index (DI) 96.7
Kesimpulannya, walaupun DI yang dikira, iaitu 96.7, kurang daripada 100, iaitu satu
penurunan, tetapi masih lebih daripada 95, jadi kita boleh simpulkan bahawa dasar
gaji minimum tidak memberi impak yang ketara terhadap pemberian bonus (Tiada
penurunan ketara berlaku).

