Page 13 - Laporan kajian impak
P. 13
11
dengan anggota JTPGN. Setiap sesi libat urus dibantu oleh Kumpulan Penyelidik Gaji & Gaji
Minimum (Kumpulan Penyelidik), Urus Setia MPGN dan JTK Selangor, JTK Sabah serta JTK
Sarawak.
21. Sesi edaran borang kaji selidik dijalankan di Zon Utara (Alor Setar, Georgetown dan Ipoh)
dari 12 sehingga 14 Jun 2019 dan di Zon Timur (Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan)
dari 16 sehingga 18 Jun 2019. Melalui sesi ini, borang kaji selidik diedarkan kepada majikan
dan pekerja di premis perniagaan terpilih oleh Kumpulan Penyelidik dengan kerjasama JTK
Negeri dan Cawangan yang terlibat. Selain itu, borang kaji selidik turut diedarkan kepada
majikan dan pekerja melalui edaran email oleh persatuan majikan dan kesatuan sekerja.
22. Data primer yang diperoleh daripada borang kaji selidik telah dianalisis mengikut kaedah
jadual silang (crosstab) dengan menggunakan perisian (software) SPSS. Analisis kajian
telah dibuat secara berasingan antara pertubuhan mikro, kecil dan sederhana dan wilayah
Semenanjung, Sabah dan WP Labuan serta Sarawak.
23. Data sekunder yang diperoleh daripada data Statistik Pertubuhan (Establishment Survey),
DOSM pula telah dianalisis dengan menggunakan perisian excel. Data seperti produktiviti,
guna tenaga, kos buruh per unit serta gaji dan upah turut dianalisis secara berasingan
antara pertubuhan mikro, kecil dan sederhana dan wilayah Semenanjung, Sabah dan WP
Labuan serta Sarawak.
BORANG KAJI SELIDIK
24. Borang kaji selidik kajian direka bentuk untuk mengumpul maklumat majikan dan pekerja
kategori paling rendah daripada semua sektor industri swasta di Malaysia. Majikan yang
terpilih adalah berdasarkan rangka persampelan yang disediakan oleh DOSM. Sementara
itu, pekerja yang terpilih dalam kajian adalah seorang pekerja paling rendah daripada
database majikan.
25. Maklumat yang dikumpul daripada responden adalah seperti berikut:
(i) Majikan:
a. Profil syarikat/ perniagaan;
b. Impak pelaksanaan gaji minimum terhadap perniagaan antaranya
perubahan bilangan pekerja tempatan dan asing, jumlah pekerja yang
dibayar gaji minimum dan dibayar bawah gaji minimum, gaji pokok
terendah dan tertinggi pekerja, kaedah pembayaran gaji pokok pekerja,
jenis faedah yang diperolehi pekerja, sebab kesukaran melaksanakan gaji
minimum, perubahan latihan dan penggunaan teknologi oleh majikan,
tindakan yang dilaksanakan majikan apabila gaji minimum dilaksanakan
serta faktor yang menjejaskan keuntungan syarikat; dan
c. Kajian juga dirangka untuk melihat cadangan majikan terhadap
pelaksanaan gaji minimum pada masa hadapan dan mengenal pasti
langkah yang boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan terhadap PKS bagi
mengurangkan bebanan majikan.

