Page 12 - Laporan kajian impak
P. 12
10
OBJEKTIF KAJIAN
14. Kajian ini akan menilai impak pelaksanaan gaji minimum secara lebih mendalam dan luas
terhadap PKS daripada sudut:
i. pematuhan terhadap PGM 2016;
ii. corak penggajian buruh;
iii. produktiviti buruh dan pelaksanaan sistem upah yang dikaitkan dengan produktiviti
(Productivity Linked Wage System - PLWS);
iv. kos buruh;
v. kemahiran buruh, automasi pengeluaran dan teknologi baharu;
vi. kaedah pembayaran gaji minimum; dan
vii. pelaksanaan gaji minimum pada masa hadapan.
SKOP KAJIAN
15. Kajian ini menilai impak pelaksanaan PGM 2016 mengikut kategori saiz PKS (mikro, kecil
dan sederhana) dan wilayah (Semenanjung, Sabah dan WP Labuan serta Sarawak).
METODOLOGI KAJIAN
16. Kajian ini berasaskan kepada data primer dan sekunder bermula bagi tahun 2012 sehingga
2016. Bagi mengumpul maklumat data primer, borang kaji selidik telah diedarkan dalam
sesi libat urus dan sesi edaran borang kaji selidik.
17. Kerangka pensampelan (sampling frame) kajian ditentukan dengan bantuan Jabatan
Perangkaan Malaysia (DOSM).
18. Opsyen saiz sampel bagi kajian ini ditentukan mengikut dua peringkat strata iaitu pertama,
mengikut strata wilayah (Semenanjung Malaysia, Sabah dan WP Labuan serta Sarawak)
dan seterusnya strata saiz pertubuhan (pertubuhan mikro, kecil, dan sederhana).
19. Saiz sampel juga ditentukan mengikut pemberat (weightage) wilayah dan saiz pertubuhan.
Kaedah pemberat (weightage) digunakan bagi memastikan sampel responden yang
dipilih adalah mewakili populasi yang dikaji. Dari sudut wilayah, saiz sampel yang telah
ditentukan adalah sebanyak 2,149 perusahaan yang terdiri daripada 1,249 di Semenanjung,
452 di Sabah dan WP Labuan serta 448 di Sarawak. Dari sudut saiz pertubuhan, saiz
sampel terdiri daripada 1,678 perusahaan mikro, 444 perusahaan kecil dan 27 perusahaan
sederhana.
20. Sesi libat urus berhubung kajian ini telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 25 Jun
2019, Kuching, Sarawak pada 1 Julai 2019 dan di Shah Alam, Selangor pada 4 Julai 2019. Ia
melibatkan perbincangan antara persatuan majikan, majikan, kesatuan sekerja dan pekerja

