Page 14 - Laporan kajian impak
P. 14
12
(ii) Pekerja:
a. Profil pekerja;
b. Kaedah pembayaran gaji pekerja;
c. Faedah yang diperoleh dalam pekerjaan;
d. Tahap kesedaran pekerja terhadap kadar gaji minimum;
e. Impak selepas pelaksanaan gaji minimum terhadap perubahan faedah,
kesan gaji minimum terhadap pekerja; dan
f. Cadangan pelaksanaan gaji minimum pada masa hadapan oleh pihak
pekerja.
26. Kajian rintis juga telah dijalankan bagi memastikan instrumen borang kaji selidik
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang bagus. Kajian rintis telah diadakan pada
26, 27 dan 29 April 2019 di sekitar Putrajaya dan Bangi, Selangor. Dengan menggunakan
pendekatan model pengukuran Rasch, nilai Alpha Cronbach (a) bagi kedua-dua borang
kaji selidik jelas menunjukkan instrumen dalam keadaan sangat baik dan efektif dengan
tahap konsistensi yang tinggi sekaligus boleh digunakan dalam penyelidikan yang sebenar.
RANGKA PENSAMPELAN DAN PROFIL RESPONDEN
27. Seramai 2,149 majikan dipilih secara rawak sebagai responden berdasarkan rangka
pensampelan DOSM. Borang kaji selidik telah diedarkan kepada responden melalui kaedah
emel, panggilan telefon, sesi libat urus dan edaran di premis perniagaan bagi mengumpul
maklum balas pelaksanaan PGM 2016.
28. Kadar maklum balas borang kaji selidik majikan dan pekerja melalui kaedah di atas adalah
seperti di Jadual 1:
Jadual 1 : Kadar Maklum Balas Borang Kaji Selidik Mengikut Kaedah
Bilangan Edaran Bilangan Kadar Maklum
Bil. Kaedah Edaran Borang Dapatan Balas (%)
Kaji Selidik
Majikan Pekerja Majikan Pekerja Majikan Pekerja
Emel database majikan
1 196 Tiada
melalui persatuan majikan
Emel database pekerja
2 - 492
melalui kesatuan sekerja 1,169 1,174 86.0 70.9
Emel database majikan 1,000 1,000
3
(SME Corp)
Emel database majikan 164 164
4
(DOSM)
Panggilan database
5 168 - 17 - 10.1 -
majikan (DOSM)
6 Sesi libat urus Sabah 86 65 80 63 93.0 96.9
7 Sesi libat urus Sarawak 51 70 48 67 94.1 95.7
8 Sesi libat urus Selangor 184 58 182 54 98.9 93.1

