Page 17 - Laporan kajian impak
P. 17

15




        32.   Rajah 1 menunjukkan peratusan responden majikan yang telah terlibat dalam kajian ini
             mengikut wilayah. 1,095 responden (63.8 peratus) adalah dari Semenanjung, 315 responden
             (18.4 peratus) dari Sabah dan WP Labuan serta 306 responden (17.8 peratus) dari Sarawak.


                                                               16.5%

                  71.7%                                                            11.8%
















                                1 - < 4 tahun       4 - < 7 tahun       ≥ 7 tahun

                       Rajah 2 : Taburan Majikan Mengikut Tempoh Perniagaan Dijalankan
                      Sumber: Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)


        33.   Rajah 2 menunjukkan tempoh majikan menjalankan perniagaan sekarang. 1,231 responden
             telah menjalankan perniagaan selama tujuh tahun dan ke atas (71.7 peratus). Selebihnya,
             202 responden (11.8 peratus) telah menjalankan perniagaan selama empat hingga kurang
             tujuh tahun  dan 283 responden  (16.5  peratus) pula  telah  menjalankan  perniagaan  satu
             hingga kurang empat tahun.

        34.  Taburan responden majikan PKS mengikut sektor adalah seperti di Jadual 4. Peratusan
             tertinggi terdiri daripada responden sektor perkhidmatan perdagangan borong dan
             runcit; pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal iaitu sebanyak 466 responden (27.2
             peratus), diikuti 219 responden dari sektor pembuatan lain (12.8 peratus) dan 141 responden
             dari sektor pembuatan makanan dan minuman (8.2 peratus).

                                  Jadual 4 : Taburan Majikan Mengikut Sektor


          Bil.                         Sektor                            Bilangan      Peratus (%)
           1.   Tanaman                                                      31             1.8

           2.   Ternakan                                                     10             0.6

           3.   Perikanan                                                    4              0.2
           4.   Perhutanan dan pembalakan                                    12             0.7

           5.   Pembuatan produk kertas                                      30              1.7
           6.   Pembuatan pakaian & tekstil                                  58             3.4

           7.   Pembuatan produk logam                                       76             4.4
           8.   Pembuatan makanan dan minuman                                141            8.2

           9.   Pembuatan produk kulit                                       2              0.1
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22