Page 20 - Laporan kajian impak
P. 20
18
36. Rajah 4 menunjukkan taburan responden mengikut saiz pertubuhan. Majoriti majikan
sebanyak 1,259 responden (73.4 peratus) terdiri daripada pertubuhan mikro diikuti dengan
432 responden (25.2 peratus) majikan pertubuhan kecil dan selebihnya 25 responden (1.5
peratus) merupakan majikan pertubuhan sederhana.
32.0%
22.7% 45.3%
Ibu Pejabat Cawangan Bebas
Rajah 5 : Taburan Majikan Mengikut Status Pertubuhan
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Majikan)
37. Rajah 5 menunjukkan taburan responden mengikut status pertubuhan. 777 responden
(45.3 peratus) terdiri daripada pertubuhan yang beroperasi di ibu pejabat. Ini diikuti dengan
549 responden (32.0 peratus) terdiri daripada pertubuhan yang beroperasi secara bebas
dan 390 responden (22.7 peratus) terdiri daripada pertubuhan yang beroperasi di bahagian
cawangan.
(ii) Pekerja
38. Tiada rangka pensampelan bagi pekerja disediakan bagi kajian ini. Pekerja kategori paling
rendah telah dipilih secara rawak terus dari database majikan yang terpilih dan juga dipilih
secara rawak ketika sesi edaran borang kaji selidik di Utara dan Pantai Timur. Bagi borang
kaji selidik pekerja, seramai 1,640 responden telah memberikan maklum balas dalam
kajian ini.
22.7%
58.8%
18.5%
Semenanjung Sabah & WP Labuan Sarawak
Rajah 6 : Taburan Pekerja Mengikut Wilayah
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Pekerja)

