Page 24 - Laporan kajian impak
P. 24
22
43. Rajah 9 menunjukkan taburan responden mengikut saiz pertubuhan. Majoriti pekerja
sebanyak 1,192 (72.7 peratus) bekerja di pertubuhan mikro. Ini diikuti dengan 428 pekerja
(26.1 peratus) pertubuhan kecil dan selebihnya sebanyak 20 pekerja (1.2 peratus) pertubuhan
sederhana.
0.7 %
14.6 % 12.3 %
21.2 % 12.3 %
7.1 %
6.1 %
Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)
SPM / SPM(V) atau yang setaraf
Sijil Kemahiran (TVET)
STPM atau yang setaraf
Diploma
Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setaraf
Pascasiswazah
Rajah 11 : Taburan Pekerja Mengikut Tahap Pendidikan
Sumber : Kaji selidik Impak Pelaksanaan Gaji Minimum Terhadap PKS (Pekerja)
44. Rajah 10 menunjukkan taburan responden mengikut status pekerjaan. Majoriti iaitu
sebanyak 1,374 responden (83.8 peratus) terdiri daripada pekerja tetap. Ini diikuti dengan
146 responden (8.9 peratus) merupakan pekerja kontrak dan 120 responden (7.3 peratus)
adalah pekerja separuh masa.
45. Rajah 11 menunjukkan taburan responden mengikut tahap pendidikan. Majoriti pekerja
sebanyak 622 responden (37.9 peratus) memiliki kelayakan SPM/ SPM (V) atau yang setaraf.
Ini diikuti dengan 348 responden (21.2 peratus) memiliki diploma dan 240 responden (14.6
peratus) memiliki ijazah sarjana muda/ diploma lanjutan atau yang setaraf.
46. Berdasarkan Jadual 6, majoriti responden bekerja dalam kategori pekerja perkhidmatan
dan jualan iaitu sebanyak 480 responden (29.3 peratus), diikuti kategori pekerja sokongan
perkeranian iaitu sebanyak 468 responden (28.5 peratus) dan 246 responden (15.0 peratus)
terdiri daripada kategori pekerja asas.

