Page 11 - Laporan kajian impak
P. 11

9




             732 pula menyatakan kajian semula yang perlu dijalankan adalah termasuk menilai
             keberkesanan PGM dan implikasinya ke atas pembangunan sosial dan ekonomi negara.
             Kajian ini dilaksanakan untuk mengumpul serta menganalisis data dan maklumat serta
             menjalankan penyelidikan tentang gaji dan petunjuk sosioekonomi supaya memenuhi
             keperluan Akta 732.

         8.   Gaji minimum ialah gaji pokok (Seksyen 2, Akta 732) iaitu tidak termasuk elaun atau
              bayaran lain. Gaji minimum terpakai kepada semua pekerja sektor swasta, kecuali
              pekhidmat domestik dan perantis.


         PERNYATAAN MASALAH





         9.   Berdasarkan Laporan Banci Ekonomi 2016 – Profil PKS, terdapat 907,065 PKS yang
              beroperasi di Malaysia pada tahun 2015 berbanding 638,790 pada tahun 2010. Ini
              menunjukkan sebanyak 98.5 peratus pertubuhan perniagaan terdiri daripada PKS.
              Hanya  13,559  (1.5  peratus)  pertubuhan  perniagaan  terdiri  daripada pertubuhan besar.
              Nilai output kasar yang dijana oleh PKS mencecah RM1.0 trilion buat pertama kalinya
              sepanjang Banci  Ekonomi  dijalankan.  Nilai  ditambah  yang  dihasilkan pula  sebanyak
              RM419.9 bilion. PKS merekodkan seramai 5.7 juta orang pekerja dengan bayaran gaji
              yang dibayar sebanyak RM128.5 bilion.

         10.   Kajian Impak PGM 2016 Terhadap Ekonomi Negara, Pekerja dan Majikan (Kajian Impak
              PGM 2016) yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara
              (JTPGN) pada Jun 2018 melibatkan semua pertubuhan perniagaan termasuk pertubuhan
              perniagaan besar dan sederhana. Melalui sesi libat urus yang diadakan melalui kajian
              ini, didapati perusahaan kecil dan mikro merupakan sektor yang paling terkesan dan
              mengalami kesukaran dalam memenuhi PGM.

         11.   Hasil penemuan Kajian Impak PGM 2016 tersebut menunjukkan kenaikan kos
              buruh telah memberi impak yang signifikan terhadap kenaikan harga barang dan
              perkhidmatan. Hasil kaji selidik juga mendapati majoriti majikan tidak bersetuju bahawa
              produktiviti pekerja telah meningkat dengan pelaksanaan gaji minimum. Peningkatan
              penggunaan mesin teknologi didapati telah meningkatkan latihan pekerja yang sedia
              ada, penambahbaikan dalam proses kerja, penggajian lebih ramai pekerja mahir
              dan perubahan jenis pekerjaan. Ini menggalakkan industri meningkatkan rantaian
              pengeluaran dengan melabur dalam perusahaan intensif teknologi.

         12.   Selain itu, maklumat penguatkuasaan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pula tidak mencukupi
              bagi memberi gambaran kesan gaji minimum terhadap PKS. Justeru, kajian untuk
              mengenalpasti kadar pematuhan gaji minimum bagi PKS perlu dilakukan oleh pihak
              yang bebas bagi melengkapi dalam mendapatkan maklumat mengenai masalah ini.

         13.   Memandangkan PKS meliputi majoriti daripada keseluruhan pertubuhan perniagaan
              (98.5 peratus), satu kajian terperinci perlu dijalankan bagi melihat impak pelaksanaan
              gaji minimum terhadap PKS. Kajian ini wajar dilaksanakan bagi menentukan objektif
              dasar gaji minimum tercapai.
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16