Page 10 - Laporan kajian impak
P. 10

8


        PENGENALAN




        1.   Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) ke-14 pada bulan Julai 2013 telah
             meluluskan definisi baharu PKS yang telah dipermudah seperti berikut:

               a.  Pembuatan: Jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta ATAU bilangan pekerja
                  sepenuh masa tidak melebihi 200 orang.

               b.  Perkhidmatan dan lain sektor: Jualan tahunan tidak melebihi RM20 juta ATAU
                  bilangan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang.

             Entiti perniagaan boleh diklasifikasikan sebagai PKS yang terdiri daripada mikro, kecil dan
             sederhana jika memenuhi salah satu daripada dua kriteria di atas, iaitu jualan tahunan
             atau bilangan pekerja sepenuh masa, mana-mana yang lebih rendah. Lihat Nota Teknikal
             bagi perincian definisi PKS.
        2.   Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) memberikan tumpuan kepada pembangunan
             PKS yang berdaya tahan dan mampan untuk mencapai pertumbuhan inklusif. Kerajaan
             dilihat terus memberi tumpuan kepada pembangunan PKS dengan matlamat untuk
             meningkatkan sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar daripada 37.1 peratus
             pada tahun 2017 kepada 41.0 peratus pada tahun 2020. Selain itu, sumbangan kepada
             eksport akan ditingkatkan daripada 17.3 peratus pada tahun 2017 kepada 23.0 peratus pada
             tahun 2020 (Sumber: RMKe-11).

        3.   Pertumbuhan nilai ditambah bagi PKS sebanyak 6.2 peratus adalah melebihi KDNK
             nasional sebanyak 5.1 peratus. Pertumbuhan ini sebahagian besar dipacu oleh subsektor
             perdagangan borong dan runcit serta makanan dan minuman. PKS juga menyumbang
             secara positif kepada pertumbuhan guna tenaga dalam sektor perkhidmatan, pembuatan
             dan pembinaan. Walau bagaimanapun, sumbangan PKS kepada KDNK dan eksport masih
             kekal rendah.
        4.   Dasar gaji minimum nasional diperkenalkan di Malaysia melalui pewartaan Perintah Gaji
             Minimum (PGM) 2012. Tarikh mula perintah ini berkuat kuasa ialah pada 1 Januari 2013
             melibatkan semua majikan sektor swasta yang menggaji enam orang pekerja atau lebih.
             Manakala majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang, tarikh kuat kuasa ialah pada
             1 Julai 2013. Setelah mengambil kira beberapa proses pengecualian dan penundaan,
             pelaksanaan sepenuhnya Perintah tersebut hanya bermula pada 1 Januari 2014. Kadar gaji
             minimum adalah sebanyak RM900.00 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM800.00
             sebulan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.

        5.   Selanjutnya, pewartaan PGM 2016 pada 29 April 2016 mula berkuat kuasa pada 1 Julai
             2016 dengan kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 sebulan bagi pekerja di
             Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

        6.   Kerajaan telah memutuskan satu kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara
             melalui PGM 2018 iaitu RM1,100 sebulan yang telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019.
             Penetapan gaji minimum yang seragam adalah bertujuan untuk memastikan pekerja
             mendapat hak yang sama rata dari aspek gaji tanpa mengira wilayah.

        7.   Seksyen 25(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) memperuntukkan
             bahawa Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) hendaklah sekurang-kurangnya
             sekali dalam tiap-tiap dua tahun, mengkaji semula PGM. Manakala Seksyen 25(3) Akta
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15