Page 70 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 70

PERKARA                                 TANGGUNGJAWAB
                       dan  prosedur  mestilah  mendapat  kebenaran

                       daripada  pegawai  atasan  atau  pemilik  asset
                       maklumat terlebih dahulu;

                    c.  Aktiviti-aktiviti      seperti         memasang,

                       menyelenggara, menghapus dan mengemas kini
                       mana-mana  komponen  sistem  ICT  hendaklah

                       dikendalikan oleh pihak atau pegawai yang diberi

                       kuasa dan mempunyai pengetahuan atau terlibat
                       secara     langsung     dengan     aset    maklumat

                       berkenaan;
                    d.  Semua aktiviti pengubahsuaian komponen sistem

                       ICT  hendaklah  mematuhi  spesifikasi  perubahan
                       yang telah ditetapkan; dan

                    e.  Semua  aktiviti  perubahan  atau  pengubahsuaian

                       hendaklah direkod dan dikawal bagi mengelakkan
                       berlakunya ralat sama ada secara sengaja atau

                       pun tidak.


                A.8.1.3       Perancangan Kapasiti


                a.  Kapasiti  sesuatu  komponen  atau  sistem  ICT            Ketua
                                                                              Bahagian/Jabatan,
                    hendaklah  dirancang,  diurus  dan  dikawal  dengan       ICTSO  dan  Pentadbir

                    teliti oleh pegawai yang berkenaan bagi memastikan        Sistem ICT
                    keperluannya  adalah  mencukupi  dan  bersesuaian

                    untuk pembangunan dan kegunaan sistem ICT pada
                    masa akan datang; dan

                b.  Keperluan kapasiti ini juga perlu mengambil kira ciri-

                    ciri  keselamatan  ICT  bagi  meminimumkan  risiko
                    seperti gangguan pada perkhidmatan dan kerugian

                    akibat pengubahsuaian yang tidak dirancang.













                                                                                                 70 | 1 1 9
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75