Page 75 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 75
PERKARA TANGGUNGJAWAB
A.8.4.3 Log pentadbir dan Operator
a. Prosedur untuk memantau penggunaan kemudahan ICTSO, Pentadbir
Sistem ICT dan CSIRT
memproses maklumat perlu diwujud dan hasilnya KESUMA
perlu dipantau secara berkala;
b. Aktiviti pentadbir dan pengendali sistem perlu
direkodkan. Aktiviti log hendaklah dilindungi dan
catatan jejak audit disemak dari semasa ke semasa
dan menyediakan laporan jika perlu.
c. Kesalahan, kesilapan dan/atau penyalahgunaan
perlu direkodkan log, dianalisis dan diambil tindakan
sewajarnya;
d. Log Audit yang merekodkan semua aktiviti perlu
dihasilkan dan disimpan untuk tempoh masa yang
dipersetujui bagi membantu siasatan dan memantau
kawalan capaian; dan
e. Sekiranya wujud aktiviti-aktiviti lain yang tidak sah
seperti kecurian maklumat dan pencerobohan,
Pentadbir Sistem ICT hendaklah melaporkan kepada
Pegawai Keselamatan Teknologi Maklumat (ICTSO)
dan CDO.
A.8.4.4 Clock Synchronisation
a. Jam bagi semua sistem pemprosesan maklumat Pentadbir Pusat Data
yang berkaitan dalam sesebuah domain organisasi
atau domain keselamatan hendaklah diseragamkan
mengikut sumber rujukan masa tunggal.
b. Waktu yang berkaitan dengan sistem pemprosesan
maklumat dalam KESUMA atau domain keselamatan
perlu diseragamkan dengan satu sumber waktu yang
ditetapkan oleh National Metrology Institute of
Malaysia (NMIM).
75 | 1 1 9

