Page 74 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 74

PERKARA                                 TANGGUNGJAWAB

                a.  Jejak  audit  hendaklah  mengandungi  maklumat-
                    maklumat berikut:

                    1.  Rekod setiap aktiviti transaksi pengguna;

                    2.  Maklumat  jejak  audit  mengandungi  identiti
                       pengguna,  sumber  yang  digunakan,  perubahan

                       maklumat, tarikh dan masa aktiviti, rangkaian dan

                       aplikasi yang digunakan;
                    3.  Aktiviti  capaian  pengguna  ke  atas  sistem  dan

                       aplikasi  ICT  sama  ada  secara  sah  atau
                       sebaliknya; dan

                    4.  Maklumat  aktiviti sistem  yang tidak  normal atau
                       aktiviti   yang     tidak    mempunyai        ciri-ciri

                       keselamatan.

                b.  Jejak audit hendaklah disimpan untuk tempoh masa
                    seperti  yang  disarankan  oleh  Arahan  Teknologi

                    Maklumat dan Akta Arkib Negara.
                c.  Pentadbir Sistem ICT hendaklah menyemak catatan

                    jejak  audit  dari  semasa  ke  semasa      dan
                    menyediakan   laporan   jika   perlu.   Ini   akan   dapat

                    membantu  mengesan  aktiviti  yang  tidak  normal

                    dengan lebih awal. Jejak audit juga perlu dilindungi
                    dari    kerosakan,      kehilangan,      penghapusan,

                    pemalsuan      dan  pengubahsuaian         yang    tidak

                    dibenarkan.


                A.8.4.2       Perlindungan Log

                a.  Kemudahan  merekod  dan  maklumat  log  perlu             ICTSO  dan  Pentadbir
                                                                              Sistem ICT
                    dilindungi daripada diubahsuai dan sebarang capaian
                    yang tidak dibenarkan.














                                                                                                 74 | 1 1 9
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79