Page 73 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 73
PERKARA TANGGUNGJAWAB
a. Penyediaan backup ke atas semua sistem dan
aplikasi sekurang-kurangnya sekali atau setelah
mendapat versi terbaru;
b. Membuat backup ke atas semua data dan maklumat
mengikut keperluan operasi. Kekerapan backup
bergantung pada tahap kritikal maklumat;
c. Menguji sistem backup dan prosedur restore sedia
ada bagi memastikan ianya dapat berfungsi dengan
sempurna, boleh dipercayai dan berkesan apabila
digunakan khususnya pada waktu kecemasan;
d. Merekod dan menyimpan salinan backup di lokasi
yang berlainan dan selamat;
e. Membuat salinan pendua ke atas semua data dan
maklumat mengikut kesesuaian operasi; dan
f. Backup hendaklah dilaksanakan secara harian,
mingguan, bulanan dan tahunan. Kekerapan backup
bergantung pada tahap kritikal maklumat.
A.8.4 Log dan Pemantauan
Objektif: Memastikan pengesanan aktiviti pemprosesan maklumat yang tidak
dibenarkan.
PERKARA TANGGUNGJAWAB
A.8.4.1 Jejak Audit
Setiap sistem dan aplikasi ICT mestilah mempunyai jejak ICTSO dan Pentadbir
Sistem ICT
audit (audit trail). Jejak audit merekod aktiviti-aktiviti
pengguna KESUMA yang berlaku dalam sistem secara
kronologi bagi membenarkan pemeriksaan dan
pembinaan semula dilakukan bagi susunan dan
perubahan dalam sesuatu acara.
73 | 1 1 9

