Page 79 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 79

BIDANG A.9:  PENGURUSAN KOMUNIKASI


               A.9.1         Pengurusan Keselamatan Rangkaian


               Objektif:  Memastikan  pengurusan  operasi  berfungsi  dengan  betul  dan  selamat
               daripada  sebarang  ancaman  dan  gangguan  ke  atas  kemudahan  pemprosesan

               maklumat.


                                        PERKARA                                 TANGGUNGJAWAB
                A.9.1.1       Kawalan Infrastruktur Rangkaian

                Sistem  dan  aplikasi  hendaklah  dikawal  dan  diuruskan  ICTSO  dan  Pentadbir
                                                                              Rangkaian
                sebaik  mungkin  di  dalam  infrastruktur  rangkaian
                daripada  sebarang  ancaman.  Perkara  yang  perlu

                dipatuhi adalah seperti berikut:

                a.  Bertanggungjawab  dalam  memastikan  kerja-kerja
                    operasi       rangkaian       dilindungi       daripada

                    pengubahsuaian yang tidak dibenarkan;

                b.  Peralatan   rangkaian   hendaklah   ditempatkan   di
                    lokasi yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang selamat

                    dan  bebas  dari  risiko  seperti  banjir,  gegaran  dan
                    habuk;

                c.  Capaian   kepada   peralatan   rangkaian   hendaklah
                    dikawal      dan  dihadkan  kepada  pengguna  yang

                    dibenarkan sahaja;

                d.  Semua  peralatan  rangkaian  hendaklah  melalui
                    proses  Final  Acceptance  Test  (FAT)  semasa

                    pemasangan dan konfigurasi;

                e.  Firewall  dan  Web  Application  Firewall  (WAF)
                    hendaklah  dipasang,  dikonfigurasi  dan  diselia  oleh

                    Pentadbir Rangkaian;
                f.  Semua trafik keluar dan masuk rangkaian hendaklah

                    melalui firewall di bawah kawalan BPM, KESUMA;










                                                                                                 79 | 1 1 9
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84