Page 83 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 83

PERKARA                                 TANGGUNGJAWAB
                b.  Prosedur  bagi  pengesanan  maklumat  organisasi

                    semasa pemindahan maklumat; dan
                c.  Tanggungjawab dan liabiliti sekiranya berlaku insiden

                    keselamatan maklumat seperti kehilangan data.



                A.9.2.3       Pengurusan Mel Elektronik (E-Mel)

                    a.  Maklumat yang terlibat dalam pesanan elektronik       Pengguna KESUMA
                       hendaklah      dilindungi   sewajarnya     mengikut

                       arahan  dan  peraturan  semasa.  Perkara  yang

                       perlu dipatuhi dalam pengendalian mel elektronik
                       adalah seperti berikut:

                    b.  Menggunakan akaun atau alamat mel elektronik
                       (e-mel)  rasmi  KESUMA  bagi  urusan  rasmi.

                       Penggunaan  akaun  milik  orang  lain  atau  akaun
                       yang dikongsi bersama adalah dilarang;

                    c.  Setiap  e-mel  yang  disediakan  hendaklah

                       mematuhi  format  yang  telah  ditetapkan  oleh
                       KESUMA;

                    d.  Memastikan subjek dan kandungan e-mel adalah

                       berkaitan dan menyentuh perkara perbincangan
                       yang sama sebelum penghantaran dilakukan;

                    e.  Penghantaran       e-mel      rasmi      hendaklah
                       menggunakan  akaun  e-mel  rasmi  dan  pastikan

                       alamat e-mel penerima adalah betul;
                    f.  Penghantaran  maklumat  terperingkat  melalui  e-

                       mel adalah dilarang;

                    g.  Maklumat  terperingkat  Sulit  dan  Terhad  hanya
                       boleh dihantar melalui medium yang dibenarkan

                       Sahaja.












                                                                                                 83 | 1 1 9
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88