Page 84 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 84
PERKARA TANGGUNGJAWAB
h. Pengguna dinasihatkan menggunakan fail
kepilan, sekiranya perlu, tidak melebihi sepuluh
megabait (25Mb) semasa penghantaran. Kaedah
pemampatan untuk mengurangkan saiz adalah
disarankan;
i. Pengguna dilarang dari membuka e-mel daripada
penghantar yang tidak diketahui atau diragui;
j. Pengguna hendaklah mengenal pasti dan
mengesahkan identiti pengguna yang
berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan
transaksi maklumat melalui e-mel;
k. Setiap e-mel rasmi yang dihantar atau diterima
hendaklah disimpan mengikut tatacara
pengurusan sistem fail elektronik yang telah
ditetapkan;
l. E-mel yang tidak penting dan tidak mempunyai
nilai arkib yang telah diambil tindakan dan tidak
diperlukan lagi bolehlah dihapuskan;
m. Pengguna hendaklah menentukan tarikh dan
masa sistem komputer adalah tepat;
n. Mengambil tindakan dan memberi maklum balas
terhadap e-mel dengan cepat dan mengambil
tindakan segera;
o. Pengguna hendaklah memastikan alamat e-mel
persendirian (seperti yahoo.com, gmail.com,
streamyx.com.my dan sebagainya) tidak boleh
digunakan untuk tujuan rasmi; dan
p. Pengguna hendaklah bertanggungjawab ke atas
penyelenggaraan mailbox masing-masing.
84 | 1 1 9

