Page 66 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 66
PERKARA TANGGUNGJAWAB
dalam storan telah disanitasi dengan cara yang
betul;
4. Pegawai Aset hendaklah mengenal pasti sama
ada peralatan tertentu boleh dilupuskan atau
sebaliknya;
5. Peralatan yang hendak dilupus hendaklah
disimpan di tempat yang telah dikhaskan yang
mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi menjamin
keselamatan peralatan tersebut;
6. Pegawai Aset bertanggungjawab merekodkan
butir–butir pelupusan dan mengemaskini rekod
pelupusan peralatan ICT ke dalam Sistem
Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA); dan
7. Pengguna adalah DILARANG SAMA SEKALI
daripada melakukan perkara seperti berikut:
i. Menyimpan mana-mana peralatan ICT
yang hendak dilupuskan untuk milik peribadi
termasuk mencabut, menanggal dan
menyimpan komponen dalaman CPU seperti
RAM, hardisk, motherboard dan sebagainya;
ii. Menyimpan dan memindahkan aksesori
luaran komputer seperti AVR, speaker dan
mana-mana peralatan yang berkaitan ke
mana-mana Bahagian/Jabatan di KESUMA;
iii. Memindah keluar dari KESUMA mana-mana
peralatan ICT yang hendak dilupuskan;
iv. Melupuskan sendiri peralatan ICT tanpa
kebenaran dan kelulusan UPA KESUMA;
dan
v. Pengguna bertanggungjawab memastikan
segala maklumat sulit dan rahsia di dalam
komputer disalin pada media storan kedua
66 | 1 1 9

