Page 63 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 63
PERKARA TANGGUNGJAWAB
r. Sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna
peralatan ICT hendaklah dilaporkan kepada ICTSO
dan Pegawai Aset Kementerian/Bahagian/Jabatan.
A.7.2.2 Alat Sokongan
a. Semua peralatan sokongan ICT hendaklah dilindungi ICTSO dan semua
daripada kecurian, kerosakan, penyalahgunaan atau pengguna
pengubahsuaian tanpa kebenaran;
b. Peralatan sokongan seperti Uninterruptable Power
Supply (UPS) dan penjana kuasa (genset) boleh
digunakan bagi perkhidmatan kritikal seperti di pusat
data, bilik server/ rangkaian supaya mendapat
bekalan kuasa berterusan; dan
c. Semua alat sokongan perlu disemak dan dikemaskini
dari semasa ke semasa (sekurang-kurangnya
setahun sekali).
A.7.2.3 Keselamatan Kabel
a. Kabel termasuk kabel elektrik dan telekomunikasi Pentadbir Sistem ICT/
yang menyalurkan data dan menyokong Pentadbir Rangkaian
perkhidmatan penyampaian maklumat hendaklah
dilindungi.
b. Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil
adalah seperti berikut:
1. Menggunakan kabel yang mengikut spesifikasi
yang telah ditetapkan;
2. Melindungi kabel daripada kerosakan yang
disengajakan atau tidak disengajakan;
3. Melindungi laluan pemasangan kabel sepenuhnya
bagi mengelakkan ancaman kerosakan dan
wiretapping; dan
63 | 1 1 9

