Page 58 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 58
PERKARA TANGGUNGJAWAB
j. Melindungi kawasan terhad melalui kawalan pintu
masuk yang bersesuaian bagi memastikan
kakitangan dan pelawat yang diberi kebenaran
sahaja boleh melalui pintu masuk tersebut;
k. Merekabentuk dan melaksanakan keselamatan
fizikal di dalam pejabat, bilik dan kemudahan
mengikut Arahan Keselamatan Kerajaan;
l. Merekabentuk dan melaksanakan perlindungan
fizikal dari kebakaran, banjir, letupan, kacau-bilau
dan bencana;
m. Menyediakan garis panduan untuk kakitangan
yang bekerja di dalam kawasan terhad;
n. Memastikan kawasan-kawasan penghantaran
dan pemunggahan dan juga tempat-tempat lain
dikawal dari pihak yang tidak diberi kebenaran
memasukinya; dan
o. Log bagi kad akses ke pintu-pintu kawalan
mestilah disemak sekurang-kurangnya setahun
sekali.
A.7.1.2 Kawalan Masuk Fizikal
Kawalan masuk fizikal adalah bertujuan untuk Bahagian Khidmat
mewujudkan kawalan keluar masuk ke premis KESUMA. Pengurusan (BKP) dan
Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut: pengguna
a. Setiap pegawai dan kakitangan KESUMA hendaklah
mempamerkan Pas Keselamatan sepanjang waktu
bertugas. Semua pas keselamatan hendaklah
dikembalikan kepada KESUMA apabila bertukar,
tamat perkhidmatan atau bersara;
b. Setiap pelawat hendaklah mendaftar dan
mendapatkan pas keselamatan pelawat di kaunter
keselamatan dan hendaklah dikembalikan selepas
tamat lawatan; dan
58 | 1 1 9

