Page 61 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 61

A.7.2         Keselamatan Peralatan ICT


               Objektif: Melindungi peralatan ICT KESUMA dari kehilangan, kerosakan, kecurian dan

               disalahgunakan.


                                        PERKARA                                  TANGGUNGJAWAB
                A.7.2.1       Peralatan ICT


                Peralatan ICT hendaklah dijaga dan dikawal selia dengan        ICTSO,  Pegawai  Aset
                baik. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:      dan semua pengguna

                a.  Memeriksa dan memastikan semua peralatan ICT di

                    bawah  kawalan  pengguna  berfungsi  dengan
                    sempurna;

                b.  Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peralatan ICT

                    di  bawah  kawalan  masing-masing  dan  tidak
                    dibenarkan      membuat        sebarang      pertukaran

                    perkakasan dan konfigurasi yang telah ditetapkan;

                c.  Pengguna      dilarang     sama      sekali      menambah,
                    menanggal   atau mengganti sebarang peralatan dan

                    komponen ICT yang telah ditetapkan;
                d.  Pengguna  dilarang  membuat  instalasi  sebarang

                    perisian tambahan tanpa kebenaran Pentadbir Sistem

                    ICT;
                e.  Pengguna    adalah    bertanggungjawab    di     atas

                    kerosakan   atau kehilangan peralatan ICT di bawah
                    kawalannya;

                f.  Pengguna  mesti  memastikan  perisian  antivirus  di

                    komputer  meja  dan  komputer  riba  mereka  sentiasa
                    aktif  (activated)  dan  dikemas  kini  di  samping

                    melakukan imbasan ke atas media storan mudah alih
                    yang digunakan;

                g.  Penggunaan  kata  laluan  untuk  akses  ke  sistem

                    komputer adalah diwajibkan;
                h.  Semua peralatan sokongan ICT hendaklah dilindungi









                                                                                                 61 | 1 1 9
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66