Page 62 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 62

PERKARA                                  TANGGUNGJAWAB
                    daripada kecurian, kerosakan, penyalahgunaan atau

                    pengubahsuaian tanpa kebenaran;

                i.  Semua  peralatan  ICT  hendaklah  disimpan  atau
                    diletakkan  di  tempat  yang  teratur,  bersih  dan

                    mempunyai ciri-ciri keselamatan. Peralatan rangkaian
                    seperti  switches,  hub,  router  dan  lain-lain  perlu

                    diletakkan di dalam rak khas dan berkunci;

                j.  Semua peralatan yang digunakan secara berterusan
                    mestilah diletakkan di kawasan yang berhawa dingin

                    dan  mempunyai  pengudaraan  (air  ventilation)  yang
                    sesuai;

                k.  Peralatan  ICT  yang  hilang  hendaklah  dilaporkan

                    segera kepada pihak Polis, Ketua Bahagian/Jabatan,
                    ICTSO dan Pegawai Aset;

                l.  Pengendalian  peralatan  ICT  hendaklah  mematuhi
                    dan merujuk kepada peraturan semasa yang berkuat

                    kuasa;

                m.  Sebarang  kerosakan  peralatan  ICT  hendaklah
                    dilaporkan  kepada  Meja  Bantu  KESUMA  yang

                    disediakan untuk tujuan baik pulih;

                n.  Sebarang  pelekat  selain  bagi  tujuan  rasmi  tidak
                    dibenarkan;

                o.  Konfigurasi  alamat  IP  tidak  dibenarkan  diubah
                    daripada alamat IP yang asal;

                p.  Pengguna  dilarang  sama  sekali  mengubah  kata
                    laluan bagi pentadbir (administrator password) yang

                    telah ditetapkan oleh Pentadbir Sistem ICT;

                q.  Pengguna  bertanggungjawab  terhadap  perkakasan,
                    perisian  dan  maklumat  di  bawah  jagaannya  dan

                    hendaklah digunakan sepenuhnya bagi urusan rasmi

                    sahaja; dan









                                                                                                 62 | 1 1 9
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67