Page 65 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 65
PERKARA TANGGUNGJAWAB
A.7.2.6 Keselamatan Peralatan di Luar Premis
Peralatan yang dibawa keluar dari premis KESUMA Pegawai Aset, Ketua
adalah terdedah kepada pelbagai risiko. Perkara yang Bahagian/Jabatan dan
perlu dipatuhi adalah seperti berikut: Pengguna
1. Peralatan perlu dilindungi dan dikawal sepanjang
masa; dan
2. Penyimpanan atau penempatan peralatan mestilah
mengambil kira ciri-ciri keselamatan yang
bersesuaian.
A.7.2.7 Pelupusan Peralatan dan Kitar Semula
a. Permohonan pelupusan peralatan ICT perlu dihantar Pegawai Aset, Ketua
ke Unit Pengurusan Aset (UPA) Kementerian/Jabatan Bahagian/Jabatan dan
bagi mendapatkan kelulusan pelupusan dan perlu Pengguna
mengikut tatacara pelupusan yang sedang
berkuatkuasa.
b. Pelupusan boleh dilaksanakan ke atas peralatan ICT
yang telah melebihi lima (5) tahun usia penggunaan
atau mengalami kerosakan yang tidak ekonomik
untuk dibaiki serta sudah tidak diperlukan. Peralatan
ICT yang mengandungi maklumat terperingkat
mestilah dilupuskan mengikut tatacara pelupusan
yang sedang berkuatkuasa.
c. Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
1. Semua kandungan maklumat rahsia rasmi
hendaklah dihapuskan terlebih dahulu sebelum
pelupusan dilaksanakan sama ada melalui
shredding, grinding, degauzing atau pembakaran;
2. Sekiranya maklumat perlu disimpan, maka
pengguna perlu membuat penduaan;
3. Peralatan ICT yang akan dilupuskan atau
dipindahkan hendaklah dipastikan data-data
65 | 1 1 9

