Page 25 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 25
bagaimana rasuah ditafsirkan hari ini, satu perkara yang jelas, integriti dan
tadbir urus merupakan penyelesaian bersama kepada gejala rasuah. Ringkasnya,
tiada rasuah jika manusia bertindak secara berintegriti; konsisten dalam
melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa yang memerhatikan
tindakan tersebut. Oleh itu, integriti menjadi nukleus kepada tadbir urus.
Tadbir urus didefinisikan oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (UNDP) menerusi kertas dasarnya pada tahun 1997 sebagai
pelaksanaan kuasa ekonomi, politik dan pentadbiran dalam menguruskan
hal ehwal negara di semua peringkat. Ia terdiri daripada mekanisme, proses
dan institusi yang menjadi wadah kepada warganegara dan kumpulan
tertentu menyatakan kepentingan mereka, menjalankan hak mereka di sisi
undang-undang, memenuhi kewajipan mereka dan memurnikan pendapat
mereka.
Walau bagaimanapun, bagi tujuan mencapai matlamat NACP, integriti
merupakan isu insan, tadbir urus diperluas untuk merangkumi dimensi
insan seperti yang ditunjukkan dalam prinsip tadbir urus insan. Ini menjurus
kepada tadbir urus apabila manusia merealisasikan tadbir urus manusia yang
berhubung dengan aspek kerohanian dan kesedaran diri, pematuhan kepada
peraturan, serta mekanisme, proses dan prosedur akan berlaku dengan
sendirinya. Penyataan ruang lingkup NACP adalah berdasarkan kepada integriti
dan tadbir urus yang disokong oleh realiti ini.
Pembangunan NACP dengan menggunakan pendekatan seumpama ini bakal
memastikan perjuangan Malaysia untuk mengamalkan slogan “Hidup Tanpa
Rasuah” terlaksana. Ini juga alasan utama NACP dibangunkan; untuk menyatukan
semua inisiatif dan usaha berkaitan integriti, tadbir urus dan antirasuah dalam
satu pelan terintegrasi.
Menurut Global Financial Integrity Report 2017 antara tahun 2005 hingga 2014,
Malaysia telah kehilangan RM1.8 trillion menerusi aliran kewangan tidak sah
yang mana sebahagian daripadanya berpunca daripada amalan rasuah.
15

