Page 21 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 21

KEPERLUAN MERANGKA PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI KSM
            2021-2025


            Keperluan merangka Pelan Antirasuah Organisasi KSM 2021-2025 ini adalah
            susulan daripada pelancaran NACP pada 29 Januari 2019 dan arahan YAB
            Perdana Menteri No.1 Tahun 2018, Siri 2 No. 1 Tahun 2019 pelaksanaan NACP

            dengan matlamat untuk mewujudkan negara bebas rasuah. Pembangunan
            Pelan Antirasuah Organisasi KSM 2021-2025 ini juga merupakan salah satu
            inisiatif mendatori di bawah "Strategi 2: Memperkukuhkan Kecekapan

            Perkhidmatan Awam" di dalam NACP. Pelan ini merupakan dasar antirasuah
            yang  mencerminkan  harapan  tinggi  rakyat  untuk  negara  bebas  rasuah  yang
            mengamalkan  ketelusan, kebertanggungjawaban  dan  integriti  serta  menjadi
            rujukan utama selain bertindak sebagai panduan bagi semua agensi kerajaan

            dan entiti berkaitan dalam membangunkan pelan antirasuah masing-masing.



            Penggubalan Pelan Antirasuah Organisasi KSM 2021-2025 juga bertujuan
            memperkasakan sistem penyampaian dan perkhidmatan agar menjadi lebih
            berkesan. Ini dilaksanakan melalui aktiviti mengenal pasti isu integriti,
            governan dan antirasuah dalam keseluruhan operasi kementerian. Hasil
            daripada aktiviti tersebut membantu kementerian merangka strategi-strategi

            untuk mewujudkan platform yang sistematik dalam usaha menangani isu-
            isu rasuah. Pelan ini juga merupakan satu dokumen yang menunjukkan
            komitmen Pengurusan Tertinggi Kementerian dalam usaha pencegahan

            rasuah dan menyokong hasrat kerajaan untuk membebaskan perkhidmatan
            awam daripada amalan rasuah.























                                                                                        11
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26