Page 24 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 24

RUANG LINGKUP PELAN

                  ANTIRASUAH NASIONAL (NACP)






            Perkataan “rasuah” berasal daripada bahasa Latin  corruptus  (rosak) dan
            corrumpere (merosak dan berpecah menjadi kepingan kecil). Menjelang

            pertengahan abad ke-14, corruption atau corrupcion merujuk kepada pereputan
            fizikal badan dan pencemaran jiwa serta keadaan moral dan rohani. Daripada segi
            hubungan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan manusia, rasuah atau
            fasad  bermaksud  segala  keburukan  dan  ketidakadilan,  pemberontakan

            terhadap perjanjian dengan Tuhan dan menindas orang lain, sehingga
            gagal mengakui hak Tuhan, manusia dan ciptaan lain. Mengikut Corruption:
            A Glossary Of International Criminal Standards yang diterbitkan oleh Pertubuhan
            Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Council of Europe dan Konvensyen

            Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mendefinisikan “rasuah”,
            sebaliknya, institusi ini mentafsir skop kesalahan bagi pelbagai tingkah laku
            rasuah.



            Oleh itu, konvensyen OECD menetapkan kesalahan sogokan melibatkan
            pegawai awam asing, sementara Konvensyen oleh Council of Europe menetapkan
            kesalahan  seperti  melaksanakan  sebarang  transaksi  dengan  menggunakan
            pengaruh seseorang atau hubungan orang berpengaruh untuk mendapatkan

            kelebihan atau habuan untuk diri atau orang lain, dan kesalahan menyogok
            pegawai awam dalam atau luar negara. Selain itu, sebagai tambahan kepada
            etika ini, Konvensyen PBB di dalam peruntukan wajibnya memasukkan
            penggelapan, penyelewengan atau penyalahgunaan harta awam oleh penjawat

            awam dan halangan keadilan.


            Oleh itu, semua konvensyen ini telah mewujudkan suatu piawaian antarabangsa
            berkaitan jenayah  rasuah dengan  menetapkan kesalahan khusus  berkaitan

            rasuah,  dan  bukannya  mewujudkan  definisi  umum  “rasuah”.  Tidak kira






              14
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29