Page 28 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 28
Berdasarkan sumber Laporan Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception
Index - CPI) pada tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Transparency International
Malaysia, Malaysia dilaporkan berada di tangga ke-51 daripada 180, dengan mata
skor sebanyak 53. CPI adalah satu mekanisme yang diiktiraf di seluruh dunia
untuk mengukur tahap rasuah sesebuah negara.
Indeks ini menjadi indikator yang diguna pakai sebagai panduan oleh pelabur
luar yang melabur di sesebuah negara. Skor dan kedudukan CPI ditentukan
menerusi tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarkan skala 0
(dianggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Rasuah Global (CPI)
2014 50/175
2015 54/168
2016 55/176
2017 62/180
2018 61/180
2019 51/180
Sumber: Indeks Persepsi Rasuah (CPI)
18

