Page 23 - eBook-PelanAntiRasuahKSM
P. 23

PELAN ANTIRASUAH NASIONAL
                                      (NACP) 2019-2023



            Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) pada 8 Jun 2018
            telah memutuskan bahawa satu pelan antirasuah yang menyeluruh perlu
            dirangka dengan segera untuk menangani isu berkaitan rasuah di negara ini.

            Maka, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) telah dibangunkan sebagai dokumen
            utama Kerajaan Malaysia yang menggariskan tindakan menyeluruh dan
            bersepadu dalam memerangi rasuah. Pelan ini akan menjadi pelan pertama
            seumpamanya  yang  merangkumkan  isu tadbir  urus, integriti  dan antirasuah
            dalam suatu kerangka bersepadu.



            Visi NACP adalah untuk mewujudkan negara bebas rasuah melalui penetapan
            tiga matlamat khusus iaitu Kebertanggungjawaban dan Kredibiliti Kehakiman,

            Pendakwaan dan Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang; Penyampaian
            Perkhidmatan Awam yang cekap dan responsif; dan integriti dalam perniagaan.


            NACP  menggariskan  wawasan  jangka panjang  tindakan  antirasuah  ke  arah
            negara bebas rasuah menerusi 115 inisiatif untuk dilaksanakan. Melalui enam

            strateginya, NACP akan memastikan usaha pembenterasan rasuah diperkemas
            dalam kalangan aktor politik, entiti korporat, agensi penguatkuasaan dan pihak
            yang berkepentingan.  Para pemegang  taruh dijangka membangunkan  OACP

            dalam menangani isu integriti, tadbir urus dan antirasuah dalam organisasi
            masing-masing.



                                                                                        13
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28