Page 42 - POLISI KESELAMATAN SIBER KESUMA V1.0 - EDARAN UMUM_07032025
P. 42
A.4.3 Pengendalian Media
Objektif: Melindungi aset maklumat KESUMA dari sebarang pendedahan,
pengubahsuaian, pemindahan atau pemusnahan serta gangguan ke atas aktiviti
perkhidmatan.
PERKARA TANGGUNGJAWAB
A.4.3.1 Pengurusan Media Mudah Alih
(Removal Media)
a. Melabelkan semua media mengikut tahap Pentadbir Sistem ICT
dan Pengguna
sensitiviti sesuatu maklumat;
b. Menghadkan dan menentukan capaian media kepada
pengguna yang dibenarkan sahaja;
c. Menghadkan pengedaran data atau media untuk
tujuan yang dibenarkan sahaja;
d. Mengawal dan merekodkan aktiviti penyelenggaraan
media bagi mengelak dari sebarang kerosakan dan
pendedahan yang tidak dibenarkan; dan
e. Menyimpan semua media di tempat yang selamat dan
sukar dimusnah.
A.4.3.2 Pelupusan Media
Merujuk SPA Bil. 4/2022 Garis Panduan Sanitasi Media Pentadbir Sistem ICT
dan Jawatankuasa yang
Elektronik.
dilantik untuk pelupusan
a. Pelupusan media perlu mendapat kelulusan dan aset.
mengikut kaedah pelupusan aset ICT yang ditetapkan
oleh kerajaan.
b. Media dan peralatan yang mengandungi maklumat
terperingkat hendaklah disanitasikan terlebih dahulu
sebelum dilupuskan atau dihapuskan atau
dimusnahkan mengikut peraturan dan garis panduan
yang sedang berkuatkuasa.
42 | 1 1 9

